16 penghuni kehilangan rumah akibat kebakaran di Kampung Bako

KUCHING – [KEMASKINI] Seramai 16 penghuni dua rumah di Kampung Bako, di sini, hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.58 pagi.

Susulan itu, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi bagi pemadam kebakaran.

“Setibanya (Pasukan Keluaran Operasi) PKO di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan tiga buah rumah struktur tidak kekal terbakar sepenuhnya.

“Anggaran keluasan rumah pertama adalah 40 x 60 kaki pesegi manakala rumah kedua adalah 20 x 30 kaki persegi dan turut musnah dalam kebakaran tersebut 4 buah motosikal terbakar sepenuhnya,” menurut kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, kesemua penghuni dilaporkan selamat selepas berjaya menyelamatkan diri ketika api mula marak.

Katanya lagi, kerja-kerja pemadaman api dilakukan bersama empat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Bako.

“Selepas maklumat dikumpul, didapati rumah pertama dihuni 14 sekeluarga membabitkan 10 orang dewasa dan empat kanak-kanak, manakala rumah kedua pula didiami sepasang warga emas.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan mentaksir kerugian yang dialami mangsa,” katanya.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM