Ringgit dibuka 130 mata asas lebih tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong kemunculan semula minat belian apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah sekali gus menandakan penurunan kadar dijangka berlaku tahun ini.

Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7030/7070 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7185 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) berlegar di bawah 105 mata malam tadi, menunjukkan kelemahan dolar memandangkan pasaran percaya lebih banyak langkah pelonggaran dasar monetari akan dilakukan oleh Fed.

Beliau berkata walau bagaimanapun, keputusan dan panduan Fed terkini menunjukkan bank pusat AS itu mungkin mengurangkan kadar faedah sekali sahaja, berbeza dengan jangkaan pada Mac iaitu sebanyak tiga kali.

Namun, pasaran dilihat meningkatkan jangkaan mereka kepada dua kali pengurangan kadar faedah iaitu pada September dan Disember tahun ini.

“Justeru, ringgit mungkin meraih manfaat daripada perkara ini dengan USD/MYR menghampiri paras RM4.7000 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan rendah berbanding yen Jepun kepada 2.9999/3.0027 daripada penutupan dagangan Rabu pada 2.9977/9995 dan susut berbanding euro kepada 5.0863/0906 daripada 5.0711/0738.

Ringgit turun berbanding pound British kepada 6.0189/0240 daripada 6.0157/0189 semalam.

Unit domestik diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.

Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 288.5/289.0 daripada 289.3/289.7 pada penutup Rabu dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.03/8.05 daripada 8.04/8.05.

Walau bagaimanapun, ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4889/4921 daripada 3.4879/4900 semalam dan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.8719/8881 daripada 12.8529/8643. – Bernama

Related Posts

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

PRESTASI Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang diunjurkan berkembang sekitar 5.3 peratus bagi suku pertama 2026 menunjukkan ekonomi negara masih berada pada landasan yang memberangsangkan. Pengarah Program MBA Putra…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan bekalan plastik dalam negara kekal stabil meskipun berdepan gangguan pengeluaran minyak dan gas global serta ketidaktentuan di Selat Hormuz. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah