Ringgit cecah paras tertinggi, PM Anwar syukur

ALHAMDULILLAH…itu reaksi spontan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menzahirkan kesyukuran dengan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas mata wang itu mencatatkan paras terkuat dalam tempoh lebih tujuh tahun.

Jelas tergambar wajah gembira Perdana Menteri apabila ditanya mengenai pengukuhan ringgit pada paras 4.00 berbanding dolar AS apabila mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun.

Beliau berkata kepada media ketika ditemui selepas menyampaikan amanat pada Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Putrajaya, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Jumaat lalu, ringgit menembusi paras psikologi penting 4.00 berbanding dolar AS apabila mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun pada 3.9992.

Pencapaian itu turut menandakan paras paling kukuh mata wang Malaysia dalam tempoh lebih tujuh tahun, dengan kali terakhir ringgit berada pada paras itu pada 18 Jun 2018, iaitu pada 3.9960/9990.

Prestasi ringgit turut mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama, apabila meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5337/5361 daripada 2.5637/5670 pada minggu sebelumnya, mengukuh berbanding euro kepada 4.6993/7034 daripada 4.7076/7134, serta menokok berbanding pound Britain kepada 5.4177/4224 daripada 5.4332/4399.

Di peringkat serantau, ringgit turut mencatat pengukuhan berbanding mata wang negara ASEAN lain.
Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8362/8544 daripada 12.9115/9332, serta lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1302/1330 daripada 3.1479/1521.

Mata wang tempatan juga mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 238.0/238.3 daripada 240.1/240.5 minggu lalu dan menokok berbanding peso Filipina kepada 6.77/6.78 daripada 6.83/6.84 sebelum ini.

Related Posts

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

ALOR SETAR – AMANAH menggesa kerajaan meneliti semula kewajaran penganjuran Festival Muzik Air ‘Rain Rave 2026’ yang didakwa tidak selari dengan budaya serta norma masyarakat Malaysia. Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

SANDAKAN – Kerajaan merancang menambah sekurang-kurangnya 81 lagi Wellness Hub di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 hab kesihatan komuniti pada masa hadapan. Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI