Ribuan hadir memeriahkan majlis perasmian SUKMA XXI Sarawak

KUCHING – Tidak dinafikan majlis perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) XXI berlangsung di Stadium Sarawak, Kuching, pada Sabtu sangat meriah.

Tetamu yang hadir turut disajikan dengan pelbagai pertunjukan menarik daripada pelbagai etnik di Sarawak.

Orang ramai yang mahu menghadiri perasmian SUKMA sudah memenuhi perkarangan Stadium Sarawak sejak 3 petang supaya tidak terlepas peluang majlis perasmian itu penuh gemilang.

Penonton turut dihiburkan persembahan barisan artis terkenal seperti Faizal Tahir, Jacyln Victor, Bob Yusof dan Marsha Milan.

Kemuncak acara majlis diserikan dengan persembahan ‘Drone Bird’ dan disusuli larian obor oleh Daeloniel McDelon Bong atau dikenali sebagai Kilat Boy.

Seterusnya, acara nyalaan obor oleh Ratu Terjun Negara Datuk Pandelela Rinong Pamg.

Kemeriahan ini disaksikan sendiri oleh pengunjung awam, Ted Raimy yang hadir dalam majlis perasmian SUKMA.

“Bagi saya, pengalaman yang saya hadir malam tadi begitu hebat dan membuktikan Sarawak mampu menganjurkan majlis sukan setaraf antarabangsa,” ujarnya.

Tambah Ted, kehadiran pengunjung malam tadi membuktikan semangat dan sokongan padu rakyat Sarawak terhadap sukan dan golongan atlet terutama atlet Sarawak sendiri.

“Ia merupakan satu semangat kesatuan dan sokongan yang sangat tinggi,
kata Ted lagi.

Sementara itu, pegawai polis yang bertugas di majlis perasmian tersebut, Danken Philip, 57 tahun turut bersyukur kerana keadaan dalam berjalan dengan lancar.

Danken juga usaha misi menjaga keamanan semalam berjalan dengan lancar walaupun ribuan pengunjung yang hadir.

“Keadaan aman dan teratur menjadikan semuanya berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Medan Majlis Perasmian SUKMA XXI Sarawak Jaly Vester turut berterima kasih kepada semua petugas dalam menjayakan majlis perasmian malam tadi.

Ujar Jaly, kejayaan ini disebabkan semua petugas yang memberi komitmen, kesungguhan serta kerjasama dalam menjayakan majlis perasmian SUKMA pada Sabtu.

Related Posts

RUU pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya dimuktamadkan Mei

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa khas Parlimen yang meneliti cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka memuktamadkan penyata Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pindaan Perlembagaan itu pada pertengahan Mei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kempen Sebarkan Salam perlu disahut setiap agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Kesemua 141 buah agensi kerajaan diseru mengambil perhatian serius terhadap kempen Sebarkan Salam seperti yang diunjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Mufti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan