
TAWAU – Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun dikhuatiri lemas semasa bermandi-manda di Balung River Eco Resort Batu 24 Jalan Apas, di sini, pada Rabu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pukul 3.24 petang.
“Sepasukan 10 anggota kemudian digerakkan bersama jentera ke lokasi kejadian sejauh 42 kilometer.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan oleh pasukan bomba, bagaimanapun mangsa belum ditemukan,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.
Menurut JBPM, maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.




