
KENINGAU – Seorang remaja perempuan berumur 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Kampung Tuarid Taud pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Keningau, Supt Yampil Anak Garai, mangsa dikenali Angellinney Vionney Hardy, 15, sehingga kini masih belum pulang selepas keluar dari ruumah pada Ahad.
“Polis Keningau telah menerima laporan Polis mengatakan ada seorang anak perempuan berumur 15 tahun berbangsa Dusun telah keluar rumah pada 29 Disember 2024 lebih kurang pukul 2 petang.
“Sehingga kini belum balik dan tidak dapat dihubungi,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook pada, Isnin.
Justeru itu, polis mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan Angellinney untuk terus menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Azlie Majinam di talian 011-63148182.
Katanya, orang ramai boleh terus tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk salurkan maklumat.