Proses tukar tahanan perang Rusia-Ukraine bermula

ISTANBUL – Russia dan Ukraine saling bertukar tahanan perang berjumlah 300 orang, semalam, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia.

Menurut kenyataan kementerian itu, seramai 150 anggota tentera Russia dikembalikan oleh Kyiv dan mereka kini menerima bantuan psikologi serta perubatan di Belarus.

Katanya, semua anggota tentera yang dipindahkan oleh Ukraine akan dibawa ke Russia untuk rawatan dan pemulihan.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa seramai 150 anggota Ukraine dikembalikan sebagai pertukaran – dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bertindak sebagai pengantaranya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Ukraine belum mengesahkan proses pertukaran tahanan itu.

Sejak perang Russia-Ukraine tercetus pada 24 Februari 2022, Moscow dan Kyiv sudah melaksanakan hampir 60 pertukaran tahanan perang.

Sebelum ini, kali terakhir ia dilakukan ialah pada pertengahan Oktober lalu yang menyaksikan kedua-dua negara berkenaan menukar 95 tahanan perang masing-masing.

Related Posts

Trump sedia tangguh pelaksanaan tarif import

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau mungkin menangguhkan lagi pelaksanaan tarif import terhadap beberapa negara melepasi tarikh baharu ditetapkan pada 1 Ogos, lapor Agensi Berita Jerman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS umum tarif import 25 peratus untuk Malaysia

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan tarif import sebanyak 25 peratus akan dikenakan terhadap Malaysia bermula 1 Ogos ini. Trump berkata langkah itu perlu diambil untuk ‘melindungi industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI