Relevan untuk UMNO tangguhkan pemilihan parti

KUALA LUMPUR – Keputusan UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), disifatkan sesuai dan relevan berdasarkan situasi semasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, penangguhan itu pernah dibuat beberapa kali sebelum ini dengan mengambil kira parti perlu bersatu padu dalam melakukan persediaan untuk menghadapi pilihan raya.

“Perlu ada penangguhan. Perkara ini telah dilakukan pada PRU-PRU lepas. Beberapa PRU kita tangguhkan pemilihan kerana tidak mahu perpecahan. Perpecahan yang berlaku ia akan menjejaskan kita.

“Hasil pemilihan itu juga berpotensi membentuk kumpulan-kumpulan lain. Dengan tindakan kita tangguhkan pemilihan, kita dapat menumpukan kepada usaha kita dapatkan kuasa, menang pilihan raya, satukan ahli UMNO dan dapatkan sokongan kukuh rakyat.

“Jadi mesej disampaikan oleh Presiden jika ditangguhkan pemilihan itu amat sesuai, rasional supaya ahli UMNO dapat fokus PRU16… insya-Allah,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Sabtu.

Sementara itu, mengulas penubuhan Rumah Bangsa, Mohd Zolkafly berpendapat, syor penyatuan orang Melayu menerusi inisiatif Rumah Bangsa terutama membabitkan parti politik berteraskan Melayu dan Islam, wajar disusuli dengan pemeterian
memorandum persefahaman (MoU).

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput berpandangan, langkah berkenaan perlu menjadi keutamaan sambil memberi analogi tidak mahu lagi UMNO dipatuk ular kali kedua dalam satu lubang.

“Kena ada perjanjian. Dalam dunia ada ini MoU, ada perjanjian dan sebagainya untuk mengikat. Bukan kita mempertikaikan. Maksud saya pertikaian dari segi kata-kata tapi mesti diikat dengan perjanjian, persefahaman di antara kumpulan, NGO mahupun parti.

“Kita mesti letak kepentingan-kepentingan kumpulan kita. Hal peribadi kita letak di belakang. Yang perlu kita lihat kepentingan agama, bangsa dan negara. Saya amat bersetuju kalau ini dapat dilaksanakan. Insya-Allah penyatuan umat akan jadi realiti,” katanya.

Related Posts

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

PUTRAJAYA – Kerjasama strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dalam aspek pemuliharaan karya seni bernilai tinggi yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sebagai tanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa