Rejim Israel sasar tiga hospital di semenanjung Gaza

GAZA – Pasukan rejim Israel sekali lagi menyasarkan serangan artileri dan udara secara terbuka keatas beberapa hospital di Semenanjung Gaza, termasuklah Hospital Kamal Adwan, Hospital Al-Awda, dan Hospital Indonesia pada petang Ahad, lapor WAFA.

Sumber perubatan di Hospital Kamal Adwan berkata, pasukan rejim Israel telah menyasarkan kemudahan di hospital terbabit dengan beberapa siri tembakan artileri langsung terkena pada asrama, taska, halaman hospital, dan tangki air.

Susulan itu, seorang kanak-kanak didapati mengalami cedera parah.

Hospital al-Awda yang terletak di kem Jabalia turut menerima bedilan artileri rejim Israel manakala Hospital Indonesia yang berada di bandar Beit Lahia turut dihujani serangan dron Israel yang menyasarkan pintu dan dinding hospital.

Sementara itu di utara Hebron, seorang kanak-kanak Palestin dari bandar Halhul terbunuh selepas tentera rejim Israel melepaskan tembakan langsung ke arahnya, lapor Anadolu.

Sumber keselamatan berkata, rejim Israel telah melepaskan tembakan ke arah Naji Nidal Al-Baba, 14, ketika dia berada di kawasan Ramouz berhampiran pintu masuk utara ke bandar Halhul.

Persatuan Bulan Sabit Merah mengesahkan bahawa kakitangan perubatannya telah menerima mayat kanak-kanak terbabit di sekitar bandar Hebron pada petang Ahad.

Pasukan rejim Israel menguatkan lagi kawasan dan serangan ketenteraan di kawasan terbabit, sekaligus menambah penyeksaan rakyat Palestin.

Related Posts

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini