Malaysia terus hantar Malbatt walau berdepan negara segila, sekejam dan sezalim Israel

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan memantau rapat keadaan dan keselamatan Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) di selatan Lubnan yang menjalani misi pengaman dari semasa ke semasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, kerajaan melalui Kementerian Pertahanan memantau keadaan dan keselamatan Malbatt, setiap perkembangan mengenai pasukan itu disampaikan oleh Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yacob.

“Setakat ini, Duta Besar Malaysia ke Lubnan masih di Beirut, memantau keadaan dan akan ada giliran penukaran pasukan sedia ada kepada baharu kerana tamat tempoh.

“Mereka dijangka tiba di tanah air sekitar 6 November hingga 19 November depan, kemudian penggantian kumpulan Malbatt yang lain,” katanya ketika sesi penerangan di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Sebelum ini Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilapor memaklumkan, penghantaran dan penugasan Pasukan Malbatt di selatan Lubnan akan diteruskan dengan pasukan Malbatt 850-12 dijadualkan berlepas secara berperingkat mulai 6 November hingga 18 November ini.

Keputusan tersebut dibuat setelah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Markas Angkatan Bersama menerima makluman mengenai ketetapan Force Commander Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) mengenai tarikh pertukaran untuk semua pasukan termasuk pasukan Malbatt 850-11 yang kini beroperasi di selatan Lubnan.

Sementara itu Anwar menegaskan, Malaysia bersama 33 negara penyumbang anggota Unifil yang diketuai Poland, telah mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan Israel.

“Negara kuasa besar dalam sejarah tidak segila, sekejam dan sezalim Israel seperti yang berlaku sekarang.

“Jarang dalam sejarah kita lihat, ada negara yang sanggup mengenepikan undang-undang dan hukum sehingga melibatkan risiko terhadap petugas-petugas PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) di Lubnan.

“Atas inisiatif Poland, kita menyokong dan melakukan kenyataan bersama oleh 33 negara mengutuk serangan itu dan tetap mempertahankan tindakan mengekalkan Unifil untuk keselamatan rantau yang bertelagah selama ini,” katanya.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta