Rejim Israel conteng rumah rakyat Palestin, hina Nabi Muhammad

GAZA – Beberapa gambar grafiti berunsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad dan agama Islam yang ditulis dalam bahasa Ibrani oleh tentera Israel, ditemui di dinding rumah-rumah penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

Menerusi satu laporan pendedahan oleh Agensi Anadolu, di Gaza yang menjadi saksi pembunuhan beramai-ramai selama lebih 15 bulan, tulisan tersebut dapat dilihat dengan jelas pada dinding-dinding rumah dan di bangunan yang sebahagiannya musnah.

Frasa dalam bahasa Ibrani seperti ‘Muhammad telah mati’ dan ‘Hidup Rakyat Israel’ diconteng pada dinding rumah yang musnah sekaligus meluahkan sentimen keagamaan dan nasionalis rejim Israel.

Kenyataan ekstremis yang menggalakkan pembunuhan, pengusiran, dan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin turut ditulis di rumah-rumah mereka, membongkar mentaliti kebencian tentera Israel.

Penduduk Palestin yang kembali ke rumah mereka selepas perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel pada akhir Januari terkejut apabila mendapati contengan yang menghina Nabi umat Islam.

Tentera Israel juga dilihat melukis bendera Israel dan imej seorang lelaki Yahudi Haredi yang tersenyum di dinding rumah penduduk Palestin.

Walaupun berada dalam situasi gencatan senjata, pasukan Israel terus melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin di pelbagai kawasan Gaza hampir setiap hari, menggunakan dron, yang menyebabkan kematian, termasuk kanak-kanak dan warga tua.

Ketua Pejabat Media Gaza, Salama Marouf, memberi amaran pada Jumaat bahawa selepas 20 hari, keadaan kemanusiaan di Gaza masih kritikal akibat kelewatan Israel dalam melaksanakan perjanjian gencatan senjata.

Perjanjian gencatan senjata tiga fasa telah berkuat kuasa di Gaza sejak 19 Januari, menghentikan perang genosid Israel yang mengorbankan lebih 48,200 nyawa dan menghancurkan wilayah itu.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza pada November.

Israel juga menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tindakannya di wilayah itu.

Related Posts

Wartawan Perancis fail aduan isu sekatan kebebasan media di Palestin
  • SitiSiti
  • December 3, 2025

PERSEKUTUAN Antarabangsa Wartawan (IFJ) dan Kesatuan Wartawan Nasional Perancis (SNJ) memaklumkan bahawa mereka telah memfailkan aduan berhubung sekatan kebebasan media serta dakwaan jenayah perang di wilayah Palestin. Dalam kenyataan bersama,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 600 terkorban akibat banjir di Sumatera

JAKARTA – Agensi Bencana Indonesia melaporkan peningkatan ketara angka korban susulan banjir besar dan tanah runtuh di Sumatera, dengan sekurang-kurangnya 604 kematian direkodkan setakat ini, lapor agensi berita Jerman dpa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia