Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

KUCHING – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan reformasi pendidikan yang sebenar bermula dari bilik darjah dan bukan sekadar perubahan dasar besar semata-mata.

Menurut beliau, sambutan Hari Guru bukan sekadar perayaan simbolik, tetapi ruang penting untuk mengenang jasa serta pengorbanan golongan pendidik yang terus komited mendidik anak bangsa dalam pelbagai situasi mencabar.

“Saya pasti ramai guru melalui pelbagai dimensi dan cabaran pendidikan di sekolah masing-masing. Namun saya juga melihat perkembangan yang sangat baik berlaku di dalam kelas masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Hari Guru sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-54 Tahun 2025 yang berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre pada Khamis.

Mengulas lanjut, Fadhlina menekankan usaha memperkasa sistem pendidikan perlu bermula daripada asas iaitu bilik darjah yang menjadi teras kepada segala transformasi pendidikan.

“Apabila kita membicarakan soal reformasi sekolah itu, tidak ada tempat lain yang lebih sesuai dan memberi kesan kepada pendidikan melainkan reformasi yang paling fundamental iaitu dalam kelas sekolah,” ujarnya.

Dalam ucapan yang turut mencuit hati hadirin, Fadhlina turut berkongsi pengalaman peribadi menyambut Hari Guru sebagai ibu kepada seorang pelajar.

“Kalau dulu mami bukan menteri, mami hanya bagi hadiah untuk kelas. Sekarang mami jadi menteri, ibu bagi hadiah untuk satu sekolah,” selorohnya disambut gelak ketawa para hadirin.

Beliau turut berharap agar penganugerahan kepada para guru menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga pendidik di seluruh negara.

“Saya doakan semoga anugerah kepada guru ini menjadi inspirasi kepada guru-guru yang lain untuk terus berbakti dengan ikhlas dan berdedikasi,” tambahnya.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan