Rebat air percuma selama sebulan buat mangsa banjir di Alor Gajah

ALOR GAJAH – Kerajaan negeri Melaka bersetuju untuk memberikan rebat air secara percuma bagi bil Ogos buat 1,500 mangsa banjir di daerah Alor Gajah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, rebat itu diberikan membabitkan 3,521 akaun pengguna Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi kawasan Masjid Tanah yang dilanda musibah membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM177,453.50.

Menurutnya, setiap mangsa perlu membuat permohonan kepada SAMB dengan mengemukakan surat laporan polis atau surat pengesahan daripada agensi berkaitan yang telah mengesahkan premis terjejas akibat bencana alam itu.

“Kerajaan negeri berharap rebat yang diberikan kepada 6,000 mangsa daripada 1,500 keluarga dapat meringankan bebanan rakyat di Masjid Tanah dan Alor Gajah yang terkesan teruk akibat banjir yang melanda.

“Keputusan untuk memberikan rebat air secara percuma kepada semua mangsa banjir diputuskan pada Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco),” ujarnya kepada pemberita pada sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh pada Jumaat.

Mengulas lanjut Ab. Rauf berkata, nilai kerugian kerosakan akibat banjir kilat yang berlaku dianggarkan berjumlah RM2.3 juta membabitkan kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, Kuala Linggi, Lendu, Ayer Limau dan Rembia.

Tambah beliau kerajaan negeri juga telah menyalurkan bantuan sebanyak RM300 menggunakan Tabung Bencana Negeri Melaka dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM510,000 di samping 1,500 kit makanan diagihkan kepada semua mangsa tersebut.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan