JKNS usaha cari penyelesaian isu parkir HQE II banjir, berlubang

KOTA KINABALU – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sedang berusaha menyelesaikan isu parkir di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) yang sering mengalami banjir dan berlubang.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Maria Suleiman berkata, keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini menyebabkan kawasan parkir tersebut mengalami masalah air bertakung dan berlubang.

“Masalah tersebut menimbulkan kesulitan kepada pesakit, pelawat dan kakitangan hospital serta menjejaskan keselesaan pengguna.

“JKNS dan pihak hospital memahami kesulitan ini dan sedang berusaha mencari penyelesaian dan perbincangan bersama pemimpin tempatan dan pihak berkepentingan telah diadakan.

“Perbincangan itu adalah bagi merangka langkah-langkah penambahbaikan yang lebih efektif termasuk potensi perluasan dan pembaikan kawasan parkir bagi meningkatkan aksesibiliti kepada semua pengguna,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Menurut Dr. Maria, JKNS juga mengalu-mengalukan kerjasama semua pihak, termasuk pemimpin tempatan dan pihak berkuasa berkaitan bagi mencari penyelesaian terbaik untuk kesejahteraan pesakit dan pengguna hospital.

“Kami menghargai kesabaran serta sokongan orang ramai dan akan terus berusaha menambah baik kemudahan sedia ada,” kata beliau.

Tambahnya, sebagai makluman, kawasan tempat letak kereta ini merupakan tanak milik Qhazanah Sabah Berhad yang dipinjamkan secara ihsan untuk kegunaan awam.

“Tapak yang dipinjamkan itu boleh menampung kira-kira 300 buah kenderaan dan sering digunakan oleh kakitangan, pelawat, serta pesakit HQE II sebagai alternatif kepada jumlah parkir hospital yang terhad,” ujarnya.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis