RCI perlu ditubuh agar bebas siasat insiden kebakaran paip gas Putra Heights

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau badan siasatan pihak ketiga yang bebas daripada pengaruh politik perlu ditubuhkan segera bagi memastikan keadilan dalam siasatan berkenaan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, ia penting bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, sama ada berpunca daripada faktor alam semula jadi atau kecuaian manusia, serta memastikan tiada pihak yang cuba melindungi kepentingan tertentu.

Menurutnya, insiden terbabit telah menimbulkan pelbagai persoalan serius mengenai tahap keselamatan infrastruktur kritikal negara dan tanggungjawab pihak berkaitan dalam mengelakkan tragedi seperti itu daripada berulang.

“Keselamatan rakyat tidak boleh dikompromi. Tragedi ini perlu menjadi titik perubahan dalam memastikan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan infrastruktur kritikal mengutamakan keselamatan melebihi segala kepentingan lain.

“Penggubal dasar harus dinilai berdasarkan integriti dan tanggungjawab profesionalisme mereka selain pelaksana dasar mesti dinilai berdasarkan tatakelola dan kecekapan kerja mereka. Pihak berkuasa memastikan tiada unsur perlindungan terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Dalam pada itu, Jais berkata, Petronas Gas Berhad (PGB) perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kerugian harta benda serta pampasan kepada mangsa yang terkesan.

Jelasnya, syarikat itu tidak boleh menggunakan dana kerajaan atau mempengaruhi syarikat insurans berkaitan untuk menanggung pampasan susulan mempengaruhi kenaikan premium insurans pada masa akan datang.

“Mangsa juga berhak mendapatkan khidmat guaman untuk memulakan saman sivil terhadap syarikat itu jika perlu selain keperluan Petronas mengeluarkan kenyataan rasmi segera dan menunjukkan kebertanggungjawaban terhadap insiden ini.

“Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi daripada Petronas yang memohon maaf atau menyatakan kesediaan untuk menanggung pampasan. Kegagalan ini hanya menambah penderitaan kepada mangsa yang sedang mengalami trauma dan menjalani rawatan,” katanya.

Sementara itu, Jais berkata, Petronas Gas perlu memastikan pemantauan ketat sepanjang laluan paip gas di negara ini, termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem penggera moden bagi mengesan pencerobohan atau ancaman keselamatan dengan segera.

“MCW menekankan bahawa laluan paip gas adalah kawasan rezab keselamatan yang sepatutnya dipagar dan diawasi rapi. Sebarang pembinaan struktur atau laluan awam di kawasan ini harus dielakkan untuk mengurangkan risiko kemalangan.

“Kelemahan dalam pengawasan dan standard keselamatan tidak boleh dipandang remeh. Insiden itu adalah bukti bahawa kawalan keselamatan masih belum mencapai tahap yang sepatutnya. Malaysia tidak boleh terus membiarkan tragedi berlaku sebelum bertindak membetulkan kelemahan sistem,” katanya.

Pada masa sama, MCW menggesa pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kemungkinan wujudnya unsur rasuah atau salah guna kuasa dalam kelulusan projek pembangunan di kawasan laluan paip gas tersebut.

Tegasnya, MCW juga menuntut agar semua pihak yang didapati bersalah dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal, termasuk saman sivil oleh mangsa bagi menuntut ganti rugi yang sewajarnya. 

“Insiden ini bukan sekadar isu teknikal tetapi melibatkan kegagalan dalam pengurusan keselamatan awam serta kemungkinan kelemahan dalam sistem kelulusan dan pemantauan projek pembangunan.

“Tidak wajar hanya satu pihak dipersalahkan tanpa siasatan menyeluruh. MCW akan terus mendesak ketelusan dalam kes ini agar keadilan dapat ditegakkan dan insiden serupa tidak berulang pada masa hadapan,” katanya.

Dalam kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights kelmarin, seramai 305 mangsa melecur dan tersedut haba panas, manakala 237 buah rumah terjejas.

Turut terjejas musnah adalah sebanyak 365 buah kenderaan masing-masing 275 buah kereta dan 56 buah motosikal.

Related Posts

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengundang pemimpin tertinggi setiap parti politik Melayu dan Islam untuk memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung dalam masa terdekat. Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO tubuh kolaborasi agung Melayu tanpa menggugat Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – UMNO berhasrat untuk menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di bawah satu gabungan dikenali ‘grand collaboration’ atau ‘kolaborasi agung’, tanpa berhajat untuk menggugat Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim