Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal negara.

Ketua Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Dr. Apurva Sanghi berkata, pengurangan kuota tersebut secara langsung menyasarkan golongan berpendapatan tinggi (T10 dan T20), yang secara tradisinya menggunakan bahan api dalam jumlah lebih besar.

Menurut beliau, dengan had baharu 200 liter, golongan yang berkelayakan dijangka akan mula membayar harga pasaran bagi penggunaan tambahan, sekali gus mengurangkan ketirisan subsidi.

“Pendekatan ini lebih bersasar berbanding menaikkan harga petrol secara menyeluruh, yang berpotensi memberi kesan negatif kepada keseluruhan ekonomi.

“Perkara itu khususnya dalam bentuk kemusnahan permintaan,” katanya dalam pembentangan Laporan Pemantau Ekonomi Malaysia (MEM) April 2026 di Sasana Kijang.

Mengulas lanjut, Apurva berkata, suasana itu telah dilihat berlaku di beberapa negara serantau seperti Thailand dan Filipina apabila harga bahan api meningkat secara mendadak.

“Buat masa ini, kerajaan masih mengekalkan harga petrol RON95 sekitar RM1.99 seliter bagi majoriti rakyat, sambil mengawal penggunaan melalui kuota.

“Langkah ini dilihat sebagai usaha menyeimbangkan antara perlindungan pengguna dan kestabilan fiskal. Namun begitu, persoalan utama adalah sejauh mana kerajaan mampu mengekalkan pendekatan ini dalam jangka panjang.

“Sekiranya tekanan fiskal meningkat, beberapa pelarasan mungkin perlu dilakukan, termasuk pengurangan kuota selanjutnya atau kenaikan harga bahan api secara berperingkat,” katanya.

Dari sudut fiskal, jelasnya, defisit negara telah berjaya dikurangkan kepada sekitar 3.6 peratus berbanding melebihi enam peratus semasa krisis terdahulu.

“Penambahbaikan ini sebahagiannya disumbang oleh peningkatan hasil cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Walau bagaimanapun, kebergantungan kepada hasil berkaitan komoditi dan SST sahaja bukanlah strategi mampan untuk jangka panjang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, unjuran harga minyak mentah Brent bagi tahun ini telah disemak naik kepada AS$80 (RM318.08) setong, berbanding AS$60 (RM238.56) dalam unjuran terdahulu.

“Walaupun kenaikan harga minyak memberi manfaat kepada Malaysia sebagai pengeksport tenaga, kesan tidak langsung seperti peningkatan kos makanan, baja dan pengangkutan dijangka memberi tekanan kepada pengguna,” katanya.

Related Posts

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

SATU pertemuan difahamkan sedang berlangsung melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan, pada Selasa ketika krisis pentadbiran Negeri Sembilan terus menjadi perhatian. Perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menolak dakwaan ‘tebuk atap’ atau cubaan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri secara tidak bertanggungjawab. Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan