11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.

Perintah reman terhadap sembilan lelaki dan dua wanita berusia antara 27 hingga 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurul Ainna Ahmad bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan sehingga 16 April ini.

Terdahulu, kesemua suspek yang memakai pakaian lokap berwarna oren dibawa ke Mahkamah Majistret Jawi dengan diiringi polis pada pukul 8.50 pagi.

Difahamkan, tiga suspek ditahan di Sungai Bakap, tiga lagi di Simpang Ampat, manakala selebihnya diberkas di Ipoh, Perak pada jam 12.40 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi semalam, enam lelaki bertopeng bersenjatakan pisau dan parang dipercayai mengugut pekerja di tapak penginapan berkenaan sebelum mengikat tangan dan kaki mangsa menggunakan pengikat kabel.

Suspek kemudian melarikan pelbagai barangan berharga termasuk 13 telefon bimbit, tiga rantai serta sepasang subang emas dianggarkan bernilai RM35,000, selain wang tunai berjumlah RM7,190.

Related Posts

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

SANDAKAN – Kerajaan Sabah merancang membangunkan semula Kampung (Kg) Bahagia sebagai perkampungan yang sah susulan kebakaran besar yang memusnahkan hampir keseluruhan kawasan berkenaan, kata Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor. Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global