Rangkaian perniagaan GISB suram, sepi

Mai S, A. Athirah, Siti A & Johari Osman

SHAH ALAM – Walaupun sepi daripada kehadiran pelanggan, rangkaian perniagaan Global Ikhwan Holdings (GISB) yang terletak di Subang Impian di sini, masih meneruskan operasi perniagaan mereka seperti biasa hari ini.

Deretan bangunan perniagaan yang menempatkan sembilan cawangan GISB iaitu Ikhwan Mart, Ikhwan Cafe, Ikhwan Distributor, Ikhwan Gallery, Rawatan Ikhwan, Ayam Goreng Ayyam, Ikhwan Bakery dan Dewan Perdana Ikhwan tetap beroperasi walaupun pelbagai dakwaan dan tuduhan berlegar-legar di media sosial ketika ini.

Tinjauan The Malaysia Press mendapati, premis perniagaan GISB kelihatan agak suram dan hanya beberapa orang pelanggan sahaja dilihat sedang menikmati juadah di Ikhwan Cafe, manakala di premis-premis lain pula, kelibat pekerja sahaja yang ditemui.

Menurut pemilik Ikhwan Cafe, Mohamad Mubarok, 30, mengakui bahawa perniagaannya merosot dan turut terkesan dengan apa yang ditularkan di media sosial, malah pelanggan yang hadir turut mempersoalkan tentang dakwaan tersebut.

Mohamad Mubarok, 30, pemilik Ikhwan Cafe Subang Impian

“Sambutan pelanggan semakin kurang, hasil jualan telah berkurang sebanyak 50 peratus, dan kebanyakan mereka yang datang makan adalah pelanggan setia yang tinggal di kawasan ini serta bagi kata-kata semangat untuk kami.

“Ada pelanggan lama yang tidak berpuas hati, datang provok kami dan tanya macam-macam untuk tahu kebenaran tapi GISB pun telah keluarkan kenyataan untuk menafikan tuduhan tersebut jadi buat masa ini, premis kami semua masih berjalan,” katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Jelasnya, perniagaan Ikhwan Cafe miliknya itu telah dibuka sejak 10 tahun lalu dan semua premis perniagaan di sini dimiliki oleh setiap pemilik yang berbeza, namun dibimbing oleh GISB Holdings dari segi pengurusan dan pelaksanaan.

“(Menjawab mengenai pertuduhan tular), kenyataan itu tiada bukti yang jelas, maksudnya baru hasil siasatan dan tiada keputusan mahkamah yang sah mengatakan ia berlaku.

“Kami semua ini bukan semuanya baik tiada buat salah, contohnya jika ada salah seorang yang salah, jangan libatkan semua orang dalam jemaah, setiap orang ada kesalahan dan emosi masing-masing,” ujarnya.

Turut mengakui terkesan, pemilik premis Ikhwan Mart, Umar Ismail, 28, berkata, perniagaan mereka berjalan seperti biasa namun masih sunyi daripada pelanggan.

Umar Ismail, 28, pemilik Ikhwan Mart Subang Impian

“Kedai buka tapi pelanggan kurang, ada juga yang termakan dengan dakwaan di media sosial, kami juga sedang berusaha untuk menjawab dan memulihkan keadaan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di rangkaian GISB Hldings di Putrajaya iaitu Ikhwan Café, Ikhwan Delight dan Ikhwan Mart mendapati premis-premis tidak dibanjiri pelanggan seperti biasa walaupun begitu, masih terdapat beberapa pelanggan yang membeli di premis-premis terbabit.

Seorang pelanggan Ikhwan café, Mohd Shah Zaidi bekerja di Presint 1 yang merupakan pelanggan tetap di situ menyatakan dia sentiasa membeli makanan tengah hari di sini kerana pilihan dan harga ditawarkan sangat berpatutan.

“Berkaitan isu berkenaan GISB ini saya tiada apa-apa masalah jadi saya masih membeli seperti biasa.

“Walaupun begitu, terdapat rakan-rakan saya yang sering membeli di sini yang sudah mula membeli makanan tengah hari di kedai lain akibat isu ini,” katanya.

Menurut Shah, kebiasaannya premis ini pada waktu tengah hari akan dipenuhi pelanggan, akan tetapi sejak isu GISB tular, premis ini mengalami perbezaan.

Menurut hasnah yang bekerja di presint 14 menyatakan dia masih berbelanja seperti biasa di Ikhwan Mart walaupun sekarang isu hangat berkaitan GISB masih diperkatakan.

“Saya memang berbelanja di sini kerana bahan-bahan basah di sini segar berbanding pasar raya yang lain.

“Harga barang-barang di sini juga murah dan kualiti barang-barang sangat baik,” katanya.

Tambah Hasnah, dia tidak endahkan isu GISB ini kerana beranggapan GISB masih lagi pengeluar Muslim yang boleh dipercayai dan menyerahkan hal ini kepada pihak berwajib untuk menyelesaikannya

Related Posts

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

LEMBAGA Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen 5.25 peratus dengan jumlah pembayaran sebanyak RM514.20 juta, bagi tahun kewangan 2024 (TK2024). Pengagihan dividen berkenaan menyaksikan peningkatan ketimbang RM485.08 juta yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

PUTRAJAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan jumlah trafik shingga 2.77 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya utama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, pada tahun ini. LLM menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta