Bekas ‘walaun’ Pas dipulau kerana soal lebihan duit kutipan ‘tabung Milo’

PUTRAJAYA – Seorang lelaki mendakwa dirinya dipulaukan ahli Pas setelah dengan lantang mempersoalkan lebihan duit kutipan ‘tabung Milo’.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna TikTok @shunsukeee14 yang memuat naik video berdurasi dua minit 16 saat, berkongsi pengalamannya sewaktu menjadi ahli ‘totok’ Pas.

Dia berkongsi pengalamannya yang telah menjadi kebiasaan mengutip dana menggunakan ‘tabung Milo’ daripada tetamu yang hadir bagi menampung perbelanjaan ‘sedekah’ atau duit bayaran kepada penceramah.

Katanya, setelah sekian lama, dia terdetik untuk bertanya kepada pengerusi dan bendahari Pas di kawasannya ke mana lebihan wang kutipan namun dirinya mendapat tentangan daripada mereka.

Persoalan itu diajukan berikutan kutipan dana itu dilakukan secara kerap setiap kali diadakan program atau majlis.

“Aku nak bagitahu dekat semua, aku walaun lagi walaun dari kamu semua. Kami dulu jemput orang datang, penceramah datang buat ceramah.

“Kami kutip duit, sumbangan orang dana tin-tin Milo tu sampai ke hari ini ada. Tapi sampai satu ketika aku tanya kat kawasan aku itu, pengerusi dan bendahari tiap-tiap kali kita kutip mana pergi lebihan duit.

“Dahulu penceramah diberi sedekah. Tiap-tiap kali nak buat kenduri kutip. Di mana lebihan duit itu? Bila aku lantang bertanya mereka mula memulaukan aku. Zaman itu mana ada ‘Whatsapp’ dan sejak itu aku mula tak percaya pada mereka ini,” katanya di TikTok.

Turut menggelarkan dirinya Pak Ndak, berkata, sejak detik kejadian itu, dia tidak lagi mempercayai ahli Pas kerana tidak berlaku amanah dan hari ini parti itu giat menunggang masyarakat dengan pelbagai isu.

“Wahai walaun, kalian tak sedar lagi ke? Aku ni lebih walaun daripada kamu semua. Aku tahu apa kejadian yang berlaku, bab duit ringgit ini puak-puak Pas ni memang haram jadah. Kaki songlap mereka ini.

“Pakai kopiah dan berjubah tetapi kaki songlap. Bab-bab duit ni tak boleh harap kepada mereka. Sebab itu tak boleh percaya,” katanya.

Related Posts

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

KUANTAN – Semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, memberi keyakinan kepada pimpinan UMNO Bahagian itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’