Rakyat Malaysia selamat tinggalkan Iran, dijangka tiba di KLIA malam ini

RAKYAT Malaysia yang dievakuasi dari Iran dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra, kumpulan berkenaan dijadualkan tiba pada jam 10.50 malam menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH781, setelah berlepas dari Bangkok, Thailand.

Evakuasi itu dikendalikan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, dengan penyelarasan bersama Kedutaan Besar Malaysia di Ashgabat dan Bangkok.

Difahamkan, mereka berlepas dari Ashgabat pagi tadi menaiki pesawat Turkmenistan Airlines, penerbangan T5-647, sebelum meneruskan perjalanan pulang ke tanah air.

Sebelum ini, pada Khamis lalu, media melaporkan bahawa Kementerian Luar sedang mengusahakan misi pemindahan rakyat Malaysia termasuk kakitangan kedutaan dari Iran melalui laluan darat menuju ke timur laut Tehran, berhampiran sempadan dengan Turkmenistan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dipetik berkata, sebaik tiba di sempadan antara Iran dan Turkmenistan, kumpulan tersebut akan meneruskan perjalanan ke ibu negara Turkmenistan, Ashgabat.

Pada masa yang sama, Mohamad turut mengarahkan operasi Kedutaan Malaysia di Iran ditutup buat sementara waktu susulan peningkatan ketegangan di rantau itu.

Beliau memaklumkan bahawa beberapa kedutaan asing lain juga telah mengambil langkah serupa susulan perkembangan mutakhir yang memperlihatkan konflik Iran-Israel semakin memuncak.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam satu kenyataan di platform Truth Social, mengesahkan bahawa pihaknya telah melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear utama di Iran, iaitu Fordow, Natanz dan Esfahan.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat