Agamawan jangan salah guna status untuk kaut untung

KOTA BHARU – Golongan agamawan diingatkan supaya tidak menyalahgunakan status mereka untuk mengambil kesempatan mengaut keuntungan dalam menjalankan urus niaga berkait ibadah haji dan umrah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, mereka yang terbabit urusan haji dan umrah perlu bertanggungjawab serta amanah bagi memastikan perkara dilakukan itu selari dengan tuntutan agama.

“Bagi mereka yang bergelar agamawan, kita nasihatkan agar tidak sama sekali mengambil peluang menggunakan agama untuk mengaut keuntungan.

“Kita ingatlah tanggungjawab serta amanah untuk memastikan apa dilakukan itu adalah selari dengan tuntutan agama, dan elakkan perkara mungkar,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kes 47 jemaah dilaporkan menjadi mangsa penipuan pakej haji disyaki membabitkan seorang agamawan.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, kes penipuan pakej haji atau umrah masih terus berlaku walaupun orang ramai sentiasa diberikan hebahan dan peringatan mengenai perkara itu.

Malah, beliau berkata, agensi bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) terutama Lembaga Tabung Haji (TH), telah bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi menyampaikan maklumat dan memberi kesedaran kepada orang ramai agar tidak menjadi mangsa penipuan berkenaan.

“Sudah banyak peringatan diberikan, termasuk melalui khutbah tetapi berlaku juga (kes penipuan).

“Kita memerlukan tindakan undang-undang. Jadi, ada pasukan khas ditubuhkan dan akan melihat perkara ini secara menyeluruh agar dapat dibasmi dengan tuntas serta tidak lagi berlaku… kita doakanlah,” katanya.

Related Posts

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu menerusi platform TikTok melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Ketua Pesuruhjayanya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

PUTRAJAYA – Isu kesihatan mental di tempat kerja bukan lagi sekadar isu peribadi, sebaliknya memberi kesan langsung kepada produktiviti serta kesejahteraan organisasi. Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan (KKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen