Rafida cetuskan semangat anak muda untuk berjaya

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) mahu mahasiswa jadikan kisah Rafida Zaiddin sebagai pencetus semangat tempuhi alam universiti dan berjaya pada masa hadapan.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor dalam hantaran Facebooknya berkata, Rafida menjadi tumpuan seketika apabila media hangat memperkatakan berkenaan kehadirannya untuk mendaftar masuk ke kampus dengan menggunakan beg karung bagi memuatkan barang-barang peribadinya. 

Katanya, kisah Rafida yang merupakan pelajar jurusan Perakaunan di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, UMS jadi contoh dan iktibar kepada pelajar lain untuk kuatkan azam.

“Perit jerih yang pernah dilalui Rafida ini amat berguna sebagai pencetus semangat kepada pelajar yang lain kerana sesungguhnya kekurangan kemampuan itu bukan penghalang malah ianya pembakar semangat untuk terus berjaya dan maju ke hadapan.

“Saya sifatkan tindakan Rafida sebagai suatu yang kreatif dan jimat kerana barangan seperti kelengkapan peribadi untuk kegunaan asrama dapat dimuatkan sekali ke dalam satu bekas beg agar tidak tercicir ketika dia dan bapanya yang juga merupakan seorang peniaga kecil, menaiki bas dalam perjalanan panjang dari Sandakan ke Kota Kinabalu pada Sabtu lalu,” katanya di sini, pada Isnin.

Sehubungan itu, menurutnya, UMS prihatin dan telah memaklumkan kepada pihak Bahagian Kebajikan dan Kewangan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk membantu Rafida dan pelajar-pelajar dari golongan B40 yang lain.

“Rafida dan pelajar-pelajar lain yang kurang berkemampuan yang memerlukan bantuan dari segi bantuan peribadi mahupun sokongan moral dari pihak Kaunseling UMS akan diberikan dorongan dan semangat.

“Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Menteri Pendidikan Malaysia atas keprihatinan beliau kepada Saudari Rafida dan seluruh warga UMS serta orang ramai atas sikap ambil berat mereka terhadap mahasiswa UMS ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, dianggarkan seramai 3,544 mahasiswa yang telah berjaya mendaftar masuk ke UMS sekitar petang Ahad dan jumlah tersebut dijangka akan meningkat lagi sehingga hujung minggu ini dengan unjuran pelajar seramai 4,545 orang. 

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti
  • YnomYnom
  • December 8, 2025

KOTA KINABALU – DAP Sabah menghormati keputusan pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah yang disifatkan sebagai isyarat jelas krisis keyakinan terhadap parti itu dan Pakatan Harapan, sekali gus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang