Lima termasuk bayi rentung dalam kebakaran rumah setinggan

KOTA KINABALU – Seorang bayi, tiga kanak-kanak dan seorang remaja dilaporkan rentung dalam kebakaran rumah setinggan di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas di sini, pada Isnin. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi, wanita yang sedang sarat mengandung dan dua kanak-kanak lagi terselamat dalam insiden itu dan dihantar ke Hospital Likas untuk menerima rawatan. 

“Wanita sarat mengandung itu merupakan ibu kepada tiga mangsa adik-beradik yang terkorban. 

“Mangsa tiga adik-beradik dikenali sebagai Raina berusia setahun, Raidah, 3 dan Raisa, 4, manakala dua lagi anak keluarga jiran iaitu Almidah, 14, dan adiknya Siti Faridah, 3 tahun. 

“Semua mangsa ditemukan rentung dalam bilik yang sama,” jelasnya.

Katanya, operasi ditamatkan pada pukul 6.22 petang setelah memastikan tiada lagi bahaya lain. 

Dalam kejadian itu, seramai 13 anggota dari BBP Lintas, 14 anggota dari BBP Kota Kinabalu dan enam anggota BBP Putatan diketuai oleh Agustavia ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12:47 tengah hari.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16