
SIBUTI – Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Sibuti menganjurkan servis motosikal percuma terhad kepada 100 motosikal sahaja.
Menurut Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri, Roley Lagir, inisiatif ini untuk membantu mangsa yang terjejas akibat banjir yang berlaku di Bekenu pada minggu lepas.
“Terima kasih juga kepada Wong Motor kerana sudi menaja minyak enjin dan penapis minyak percuma kepada komuniti setempat yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.
“Ramai mangsa pascabanjir berasa bersyukur kerana ada pihak yang prihatin membantu mereka untuk servis motosikal secara percuma,” ujar beliau.
Tambah Roley, penglibatan Skuad Ihsan Madani Satria yang merupakan salah satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia membuka ruang kepada belia sentiasa bersiap siaga untuk dimobalisasikan pada bila-bila masa bagi melahirkan warga sukarelawan yang prihatin sangat diperlukan.
“Saya berharap ramai pihak termasuk NGO, agensi dan sektor swasta berganding bahu dalam membantu mangsa yang terjejas akibat banjir,” ujar beliau lagi.

