PSG menang besar atasi Atalanta di laman sendiri

PARIS Saint-Germain (PSG) memulakan kempen Liga Juara-Juara musim baharu dengan garang apabila membelasah Atalanta 4-0 di Parc des Princes, awal pagi tadi.

Juara bertahan itu mengekalkan rentak kejayaan musim lalu dengan jaringan awal kapten Marquinhos pada minit ketiga sebelum Khvicha Kvaratskhelia, Nuno Mendes dan pemain gantian Goncalo Ramos turut menyumbang gol.

Bradley Barcola gagal menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung babak pertama, namun ia tidak menjejaskan PSG yang tampil dominan dengan permainan berintensiti tinggi serta hantaran pantas.

Skuad kendalian Luis Enrique akan berkunjung ke Camp Nou menentang Barcelona pada 1 Oktober, manakala Atalanta akan melayan kunjungan Club Brugge sehari sebelum itu.

“Ada banyak tekanan pada awal permainan tetapi kami berjaya cipta banyak peluang.

“Kami bersedia dengan baik dan menghasilkan persembahan mantap untuk atasi Atalanta. Ia permulaan yang hebat dan kami gembira dengan kemenangan ini,” kata Enrique.

Related Posts

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

ARSENAL mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas bernasib baik mempertahankan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sporting Lisbon sekali gus memastikan kemenangan agregat 1-0, awal pagi tadi. Pasukan kendalian Mikel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

JARINGAN lewat Luis Diaz dan Michael Olise memastikan Bayern Munich meraih kemenangan dramatik 4-3 ke atas Real Madrid, awal pagi tadi. Keputusan itu sekali gus mengesahkan kemenangan agregat 6-4 dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi