Projek sakit babitkan 23 unit rumah bakal siap

MERSING – Lebih lapan tahun terpaksa menanggung bayaran ansuran bulanan rumah tanpa dibenarkan menduduki, kini nasib 23 buah keluarga dari Taman Bayu Impian, di sini, terbela selepas kediaman dibeli sejak sekian lama itu bakal siap sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, projek sakit yang telah bermula sejak 17 tahun lalu gagal diselesaikan berikutan wujudnya beberapa permasalahan.

Namun ujarnya, barisan kerajaan negeri kini komited memastikan nasib rakyat terbela termasuklah Projek Koperasi Nelayan ini yang kini telah siap sehingga 90 peratus.

“Buat masa ini, kita hadapi masalah kebocoran paip berikutan ia telah dipasang terlalu lama menyebabkan pemaju terpaksa mengeluarkan kos untuk baik pulih yang masih belum selesai.

“Justeru kita cadangkan penukaran keseluruhan sistem paip baharu dengan kos anggaran RM300,000 dan meminta kerjasama kontraktor untuk memastikan 23 unit rumah ini dibaiki sempurna termasuklah pemasangan semula nombor lot kediaman,” katanya.

Terdahulu, beliau mengadakan tinjauan ke lokasi berkenaan bagi melihat sendiri perkembangan projek berkenaan.

Jelasnya, pada sesi lawatan kali keempat ini, beberapa pembeli kediaman meluahkan keinginan untuk segera menduduki rumah tersebut.

“Pembeli rumah merayu untuk mula berpindah masuk ke kediaman kerana keadaan rumah yang hampir siap, namun kita mengambil kira ketiadaan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) di mana ia boleh memberi kesan sekiranya penduduk mahu membuat tuntutan semasa tempoh liabiliti kecacatan (DLP).

“Hal ini penting untuk melindungi kepentingan semua pihak selain memastikan tahap keselamatan yang tinggi kepada penghuni,” katanya.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri Johor akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan masalah ini diselesaikan agar nasib rakyat terbela.

“Ada kalangan pembeli terpaksa menanggung kos berganda kerana membayar duit sewa rumah dan ansuran bulanan kediaman baharu ini sejak lapan tahun lalu.

“Kita akan cuba bantu mereka dan pastikan penduduk segera dapat menikmati kediaman mereka sendiri,” katanya.

Related Posts

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menafikan dakwaan kononnya pihaknya bersikap lepas tangan dalam menangani kemelut yang dihadapi pesawah di bawah seliaannya susulan kenaikan harga diesel dan cuaca…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

KANGAR – Gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa semua pihak menghentikan sebarang bentuk provokasi berhubung isu penggunaan kalimah Allah pada sebuah tokong di sebuah premis perniagaan di Seriab di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji