Projek pertanian untuk warga emas PAWE Sandakan

SANDAKAN – Beberapa cadangan projek pertanian yang sesuai dengan kemampuan warga emas akan dilaksanakan di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sandakan.

Pegawai Khas kepada Pembantu Menteri (II) Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah, Kartini Madun berkata tujuan utama kehadirannya adalah untuk memperkenalkan dan menyelaraskan beberapa projek pertanian di PAWE.

“Saya mencadangkan agar PAWE Sandakan dapat menyediakan projek seperti hidroponik, fertigasi atau penanaman cendawan.

“Nampaknya, Pengerusi PAWE Sandakan juga menyokong usaha ini. Insyallah saya akan meminta beberapa pegawai untuk datang membantu  boleh dilaksanakan sambil memohon bantuan daripada Pembantu Menteri (II) MAFFI Sabah, Datuk Peto Galim,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Exco Wanita Keadilan Malaysia berkata demikian semasa ditemui media selepas sesi lawatan ke PAWE Sandakan di sini pada Isnin.

Sementara itu, Pengerusi PAWE Sandakan, Dr. Zaiton Yahaya berharap PAWE Sandakan akan menjadi lebih aktif dan dapat memberi daya saing kepada para warga emas.

“Walaupun kami warga emas, kami tetap ingin aktif dan terlibat dalam aktiviti yang memberi manfaat,” katanya.

Tambah Zaiton, idea untuk menjana pendapatan melalui hasil pertanian sudah lama dipertimbangkan.

“Lawatan Kartini memberi semangat baharu kepada warga PAWE Sandakan untuk memulakan projek pertanian ini.

“Kami berharap projek ini dapat berjalan dengan lancar dan hasil tanaman yang diusahakan oleh warga PAWE dapat dijadikan produk yang memberi manfaat kepada komuniti Sandakan,” ujarnya.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia