Projek penanaman jagung bijian di Kota Marudu tingkatkan keterjaminan makanan negara

KOTA MARUDU – Sebanyak 150 ekar tanah di Kampung Masalog di sini terlibat dalam projek penanaman jagung bijian yang dijangka menyumbang kepada peningkatan keterjaminan makanan negara, khususnya di daerah ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, projek tersebut dilaksanakan oleh Koperasi Tanjong Keramat Malaysia bersama rakan strategiknya, East Malaysia Agriculture Technology (EMAT) Sdn Bhd.

“Seperti dimaklumkan oleh koperasi ini, penanaman jagung bijian telah bermula di kawasan seluas 150 ekar. Dalam jangka panjang, sehingga tahun 2030, projek ini menyasarkan keluasan penanaman mencecah 5,000 ekar dengan pelaburan keseluruhan bernilai RM25 juta.

“Saya percaya inisiatif ini akan menyumbang secara signifikan kepada keterjaminan makanan negara, khususnya bagi jagung bijian, di samping merancakkan aktiviti ekonomi di Kota Marudu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Penanaman Jagung Bijian di Hotel Marudu Inn, di sini, pada Jumaat.

Tambahnya, KUSKOP akan memberi sokongan penuh terhadap usaha koperasi tersebut dalam menjayakan projek pertanian strategik ini.

“Mudah-mudahan projek ini menjadi contoh dan pencetus motivasi kepada koperasi lain untuk turut serta dalam sektor pertanian demi menjamin keterjaminan makanan negara,” ujarnya.

Menurut Ewon, sehingga tahun 2024, sebanyak 3,787 koperasi di seluruh negara terlibat dalam sektor pertanian dengan keanggotaan seramai 630,766 orang.

Manakala di Sabah sahaja, terdapat 90 koperasi yang aktif dalam bidang pertanian dan industri asas tani dengan jumlah ahli seramai 5,990 orang.

Related Posts

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

BERIKUT adalah sudut pandang sosial rakyat terhadap tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dapatan yang terhasil berdasarkan data rasmi, laporan kerajaan, dan statistik yang boleh disahkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

JOHOR BAHRU – Individu terbabit dalam insiden seorang lelaki ditampar di sebuah stesen minyak di Taman Perling, di sini, semalam, sebagaimana tular dalam media sosial, disahkan adalah seorang anggota polis.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar