Mangsa disyaki lemas selepas terjun dari Jambatan Tun Salahuddin

KUCHING – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Tun Salahuddin, Petra Jaya pada pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 9.29 pagi melalui talian MERS 999 yang melaporkan terdapat cubaan bunuh diri.

Namun, sebaik tiba di lokasi pada 9.38 pagi, pasukan penyelamat mendapati mangsa cuba terjun dari jambatan tersebut.

“Maklumat awal diterima mendapati mangsa dikenali sebagai Haffiz Abdullah Sapwan, 34, dan sehingga kini masih belum dijumpai,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan yang diketuai oleh TPgB II Tan Min Chai mengaktifkan Pos Kawalan Bomba di lokasi kejadian bagi melancarkan operasi pencarian.

Operasi melibatkan empat anggota bersama-sama satu jentera Hilux dan sebuah bot bagi kerja pencarian di kawasan perairan berhampiran.

Setakat ini, operasi masih diteruskan dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Related Posts

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

PUTATAN – Kerajaan melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berhasrat menjadikan Putatan sebagai Pekan Durian Tahunan serta Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti melalui pelaksanaan program Kebun Dapur. Menteri Pertanian, Perikanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan
  • YnomYnom
  • January 16, 2026

NABAWAN – Seorang lelaki berusia 40-an dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sungai semasa melakukan aktiviti rafting di Kabulongou Earth, Sepulut Nabawan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA