Projek air Pulau Pinang, Perak berjalan lancar

NIBONG TEBAL – Projek air di antara Perak dan Pulau Pinang menunjukkan perkembangan sangat positif ketika ini selepas sebahagian langkah mitigasi yang diambil, berjalan dengan lancar.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, Pulau Pinang menunjukkan komitmen begitu baik dalam projek terbabit sebelum dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow lebih memilih untuk mengadakan rundingan bersama Perak, susulan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilihat tidak berminat.

“Dasar kerajaan telah ada namun untuk kita laksanakan mengambil masa lama namun untuk (projek peringkat kerajaan negeri), ada projek yang telah pun disiapkan tahun lepas. Sebagai contoh, Bukit Panchor bekalan air telah meningkat.

“Masalah air di Sungai Bakap dah lama berlaku kerana air dari Pulau Pinang kebanyakkannya datang dari utara negeri iaitu melalui loji Sungai Dua. Sini pula berada di paling hujung dan nak sampai perlu melalui pelbagai kawasan, sebab itu, Ketua Menteri komited nak selesaikan masalah ini secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah perdana di Kampung Padang Lalang, Simpang Ampat, pada Sabtu malam.

Mengulas lanjut, Akmal berkata, Kedah tidak mempunyai simpanan bekalan air terawat apabila rizab marginnya dikesan sifar disebabkan isu tekanan air dan kekurangan infrastruktur.

Oleh sebab itu, tegasnya, Sanusi ‘mengamuk’ selepas terbongkar LRA Bukit Selambau dan LRA Sungai Limau tidak siap-siap sehingga sekarang.

Akmal memaklumkan, kerja pembinaan dua buah LRA berkenaan yang sepatutnya siap pada April, lewat sekitar 30 hingga 50 peratus daripada jadual yang ditetapkan.

“Pihak kawalan selia projek diberi lanjutan masa (EOT) sehingga 10 bulan. Sebab itu, saya kata, mereka (PAS) suka dok kalih. Sekarang ni (rakyat) Kedah kena tunggu 292 hari lagi. Berbeza dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau telah merancang langkah mitigasi yang boleh dilaksanakan.

“Cabarannya, kita kena kawal keupayaan kita kerana apabila pelaburan masuk, permintaan dan bekalan akan meningkat. Ada perbezaan (pemikiran) dua menteri. Pulau Pinang dilihat matang menjaga kebajikan rakyat berbanding Kedah,” katanya.

Related Posts

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

KUCHING – Sarawak terus melangkah ke hadapan dalam arus pendigitalan apabila Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa teknologi digital kini menjadi pemacu utama dalam memperkasa masyarakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan saman terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan di bahu jalan sehingga menghalang aliran trafik di laluan bertingkat Aeropod termasuk di Pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau