Program-NIC secara percuma di Kota Marudu, Pitas

KOTA KINABALU – Jabatan Tanah Ukur (JTU) Negeri Sabah akan mengadakan Program-NIC Pembetulan Nama dan Nombor Kad Pengenalan dalam Geran secara percuma di daerah Kota Marudu serta Pitas pada 2 hingga 3 November ini.

JTU dalam hantarannya di Facebook berkata, proses pembetulan akan diselesaikan dalam masa sehari tertakluk kepada kelengkapan dokumen dan tiada bayaran dikenakan.

“Program ini terbuka kepada pemilik geran hak milik kekal ‘Native Land’ (NT) / ‘Field Register’ (FR) di Kota Marudu dan Pitas serta geran pajakan (Leases) di semua daerah yang memerlukan pembetulan.

“Dokumen yang diperlukan termasuk salinan dan dokumen asal geran tanah serta kad pengenalan pemilik,” katanya menerusi hantaran tersebut di sini pada Jumaat.

Program ini akan diadakan selama dua hari di Dewan Masyarakat Kota Marudu.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pemilik geran boleh menghubungi JTU di talian 088-613 466 atau 088-527 700.

Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

KUCHING – Cadangan projek mega Kereta Api Trans Borneo (TBR) disambut baik berikutan potensinya sebagai pemangkin ekonomi dan logistik yang efisien untuk wilayah ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan