Program MOTAC Bersama Komuniti dapat sambutan menggalakkan

SIBU – Program Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Bersama Komuniti di Sibu berlangsung selama lima hari menerima sambutan menggalakkan.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, program tersebut menggambarkan perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum.

“Jika kita tidak menjaga perpaduan dan keharmonian kaum, mungkin tidak dapat mencapai perpaduan yang kita mahukan,” ujar beliau.

Tambah beliau, program anjuran MOTAC tersebut akan menyusun pelbagai aktiviti pelancongan pada 2025.

“MOTAC juga akan melancarkan program Jualan Tengah Malam dengan Kerjasama pusat beli-belah yang akan dilaksanakan dari setiap negeri,” kata beliau ketika berucap merasmikan Program MOTAC Bersama Komuniti Sibu, di Sibu Jaya pada Selasa.

Sementara itu, Tiong berkata, MOTAC akan terus membantu Sarawak dengan mempromosikan sebagai destinasi pelancongan.

Jelas Tiong, usaha ini termasuk mempromosi produk pelancongan Sarawak sekali gus menarik minat pelancong luar seperti ASEAN, Eropah dan Asia Barat.

“Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dilancarkan tidak lama lagi dalam usaha memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia,” ujar beliau.

Tiong turut mengalukan semua pihak untuk bersama-sama menjayakan kempen tersebut.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16