Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

KUCHING – Usaha memperkukuh budaya membaca dalam kalangan generasi muda terus diperkasa apabila Program Membaca Bersama Datuk Bandar berjaya dilangsungkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gersik pada Khamis.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Hilmy Othman yang hadir menyempurnakan program tersebut menyifatkan inisiatif itu sebagai platform penting untuk menyemai minat membaca dalam kalangan murid sekali gus membuka jendela ilmu dan daya kreativiti mereka.

“Saya amat teruja dapat bersama-sama anak-anak yang merupakan generasi masa depan negara. 

“Program seperti ini mampu membentuk budaya membaca yang kukuh dan menjadikan ilmu sebagai asas kejayaan mereka,” katanya dalam ucapan perasmian pada Khamis.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak SK Gersik dan Perpustakaan Bandaraya DBKU atas penganjuran program yang disifatkan sangat bermakna.

Tambahnya, DBKU bukan sahaja bertanggungjawab terhadap pembangunan fizikal bandar, malah komited dalam memastikan kesejahteraan kanak-kanak melalui penyediaan persekitaran kondusif dan selamat.

“DBKU menyediakan taman permainan, kawasan riadah dan memastikan kebersihan serta keselamatan kawasan awam. Kami juga telah menubuhkan Majlis Komuniti Kanak-Kanak DBKU di bawah kerjasama dengan UNICEF bagi memberi ruang kepada suara dan pandangan anak-anak didengari,” jelas beliau.

Majlis Komuniti Kanak-Kanak itu terbuka kepada kanak-kanak berusia antara 9 hingga 18 tahun dan bertujuan memperkasa suara serta peranan mereka dalam komuniti.

Jelasnya, DBKU akan terus menyokong program yang mendekatkan institusi awam dengan generasi muda, termasuk memperluas penglibatan lebih ramai pelajar dari sekolah lain di kawasan Kuching Utara.

“Harapan saya agar anak-anak SK Gersik juga dapat menyertai Majlis Komuniti Kanak-Kanak ini pada masa hadapan. Kita perlu berikan peluang dan ruang kepada mereka untuk menyumbang idea serta memupuk semangat kepimpinan sejak awal usia,” tambah beliau lagi.

Related Posts

Masjid Al-Azim Debak rasmi dibuka, perkukuh pembangunan ummah setempat

BETONG – Masjid baharu di daerah kecil Debak kini rasmi dikenali sebagai Masjid Al-Azim selepas dimasyhurkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg pada Jumaat. Majlis perasmian itu menandakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

KUCHING – Parti Sedar Rakyat yang kini dalam proses penjenamaan semula kepada Parti Wawasan Rakyat, menzahirkan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.  Presidennya, Affendi Jeman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Masjid Al-Azim Debak rasmi dibuka, perkukuh pembangunan ummah setempat

Masjid Al-Azim Debak rasmi dibuka, perkukuh pembangunan ummah setempat

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara