Program Memacu Kehidupan Yayasan Petronas santuni lebih 1,000 keluarga

MATUNGGONG – Seramai 1,309 keluarga di beberapa daerah di Sabah disantuni Yayasan Petronas menerusi program Memacu Kehidupan sempena sambutan Krismas tahun ini dengan pengagihan barangan makanan.

Antara kawasan itu termasuklah Pitas, Tongod, Ranau (Kundasang), Beluran dan Matunggong yang dikenal pasti oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.

Pengurus Besar Pejabat Wilayah Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahad berkata, musim perayaan adalah masa untuk kita memperkukuh semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat.

“Setiap pek mengandungi barangan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan teh selain biskut perayaan yang dibekalkan oleh usahawan tempatan di bawah program Bisnes Orang Muda yang dikendalikan oleh Yayasan Petronas.

“Kami berharap sumbangan ini dapat membawa keceriaan semasa musim perayaan ini,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Jelasnya, inisiatif Memacu Kehidupan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Yayasan Petronas dalam memperkasa komuniti sejajar dengan fokus terhadap pendidikan kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar.

Siti Ayu berkata, Di Sabah, Petronas terus memainkan peranan menyokong pembangunan masyarakat melalui pelbagai usaha yang memperkukuh pendidikan, meningkatkan daya tahan Komuniti dan menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi selaras dengan komitmennya sebagai rakan tenaga yang prihatin terhadap kesejahteraan jangka panjang rakyat.

Terdahulu, majlis penyampaian sumbangan bagi penerima di kawasan Matunggong berlangsung di Dewan Mini KDCA Kampung Toporoi, pada Jumaat.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap (Sektor Dasar dan Pengurusan), Kementerian Wanita Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Henry Idol.

Related Posts

Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

KOTA KINABALU – Sambutan Kaamatan amat penting dalam memelihara, memperkukuh dan memartabatkan warisan budaya masyarakat yang ada di negeri Sabah, khususnya kepada generasi muda. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AI bukan sekadar teknologi, tetapi pemacu masa depan

PONTIAN – Era digital yang semakin pesat menuntut masyarakat untuk bergerak seiring dengan perkembangan teknologi, khususnya dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) yang kini menjadi antara pemacu utama perubahan dunia. Perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

  • By Ynom
  • May 4, 2026
Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

AI bukan sekadar teknologi, tetapi pemacu masa depan

AI bukan sekadar teknologi, tetapi pemacu masa depan

United kalahkan Liverpool, sah layak ke UCL musim depan

United kalahkan Liverpool, sah layak ke UCL musim depan

UMNO guna strategi ‘luar kotak’ pikat pengundi muda

UMNO guna strategi ‘luar kotak’ pikat pengundi muda

12 laporan polis, suspek hina Sultan Selangor akhirnya dicekup

12 laporan polis, suspek hina Sultan Selangor akhirnya dicekup

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk