Program MADANI Rakyat Komuniti Inanam jambatan komunikasi antara kerajaan, rakyat

KOTA KINABALU – Program MADANI Rakyat (PMR) Komuniti Inanam bukan sekadar acara, sebaliknya menjadi ruang komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat bagi menyampaikan maklumat dasar serta inisiatif secara langsung kepada komuniti.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop program itu berperanan sebagai jambatan komunikasi yang membantu rakyat memahami hala tuju dasar kerajaan, sekali gus mengurangkan jurang maklumat antara kedua-dua pihak.

“Apabila rakyat faham dasar dan inisiatif kerajaan, mereka boleh membuat keputusan dengan lebih baik sama ada untuk menyertai program bantuan, memohon latihan, atau terlibat dalam skim keusahawanan yang sesuai dengan keperluan mereka.

“JKOM hadir ke Inanam dengan satu tujuan yang jelas memastikan komuniti di sini mendapat maklumat yang tepat, memahami hala tuju dasar dan tahu saluran yang betul untuk mendapatkan bantuan serta perkhidmatan kerajaan.

“Sebab itulah kita bawa pelbagai jabatan dan agensi bersama-sama,” katanya ketika berucap di Program MADANI Rakyat: Komuniti Inanam di Dewan datuk Steven Kutai, Kampung Nountun di sini pada Ahad.

Sebagai rekod, pada acara itu terdapat banyak kaunter dibuka sepanjang seperti kaunter kesihatan dan pendidikan.

“JKOM menyelaras supaya maklumat sampai terus kepada rakyat tanpa halangan,” ujarnya.

Tambahnya, program itu diharapkan agar rakyat di Inanam dapat melihat komitmen berterusan kerajaan untuk mendekati rakyat bukan sekadar menyampaikan dasar, tetapi turut mendengar pandangan serta memahami keperluan sebenar masyarakat di lapangan.

Related Posts

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

KUCHING – Sarawak bersedia melakukan anjakan paradigma dalam landskap digital global dengan beralih kepada infrastruktur ‘AI Grid’ (grid kecerdasan buatan) berbanding penggunaan pusat data fizikal menjelang lima tahun akan datang. Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyebaran serta suntingan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI