Program ‘Hogoh Jelai’ bukti pembangkang terdesak

KUANTAN – Program ‘Hogoh Jelai’ dianjurkan Perikatan Nasional (PN) Pahang malam esok membuktikan gabungan pembangkang itu dalam keadaan terdesak.

Pemilihan lokasi dibuat juga disifatkan sebagai tanda panik dan ingin membina persepsi tertentu, khusus untuk penduduk di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai yang diwakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim berkata, program itu juga tidak relevan dan menggambarkan amalan politik sempit serta penuh kebencian yang cuba diterapkan pembangkang.

“Tak ada hujan, tak ada ribut, tiba-tiba datang buat onar di tempat orang. Inilah perangai mereka dari dulu sampai sekarang — amalkan politik sempit dan penuh kebencian,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mohd Kamil menasihatkan pemimpin PN memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri masing-masing di bawah kelompok SG4, seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.

“Negeri berkenaan masih jauh ketinggalan dari segi pencapaian dan kesejahteraan rakyat berbanding Pahang.

“Kalau pencapaian mereka lebih baik daripada Negeri Pahang, nak ‘hogoh’ tiap-tiap minggu pun akal kita boleh terima,” ujarnya sinis.

Beliau menjelaskan, kepimpinan Menteri Besar Pahang disifatkan sangat matang, berhemah dan berkesan tanpa perlu bermain politik emosi.

“Tok Wan (Wan Rosdy) tak pernah jerit, tak pernah maki, tak pernah tunggang isu.

“Dia buat kerja dengan senyap tapi hasilnya jelas depan mata. Pencapaian Kerajaan Pahang jauh mendahului negeri SG4 yang mereka tadbir,” katanya.

Beliau menambah, kehadiran ramai penyokong luar dalam program ‘Hogoh Jelai’ turut membuktikan bahawa gerakan tersebut bukan suara sebenar rakyat tempatan.

“Saya yakin ramai penyokong itu diimport dari Kelantan yang bersempadan dengan Jelai dan Parlimen Lipis.

“Orang Pahang ini cerdik, bijak menilai dan tak mudah terhasut dengan cara mereka,” katanya lagi.

Mohd Kamil turut memuji ketenangan Wan Rosdy yang berlapang dada terhadap kehadiran pihak lawan di kawasan diwakilinya.

“Tok Wan rilek, tenang saja. Siap alu-alukan mereka semua tanpa perlu berteriak atau nak bergaduh.

“Mereka takut bila Tok Wan terus kukuhkan Pahang. Selagi beliau memimpin, makin sukarlah mereka nak tawan negeri ini,” ujarnya.

Related Posts

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

KUCHING – Parti Sedar Rakyat yang kini dalam proses penjenamaan semula kepada Parti Wawasan Rakyat, menzahirkan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.  Presidennya, Affendi Jeman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan