Hari Sukan Negara Miri 2025 semarakkan budaya sihat dan perpaduan

MIRI – Semangat kesukanan dan gaya hidup sihat terus disemarakkan apabila Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Bahagian Miri 2025 berlangsung dengan meriah di perkarangan Majlis Bandaraya Miri (MBM) pada Sabtu.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang yang turut merakamkan penghargaan kepada warga Miri atas penyertaan aktif dan sokongan padu terhadap program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa bangga dengan sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat yang mencerminkan kesedaran tinggi terhadap kepentingan sukan dan gaya hidup sihat.

“Hari Sukan Negara bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi platform terbaik untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan masyarakat. Dengan semangat dan penglibatan semua pihak, kita mampu merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa sukan merupakan instrumen penting dalam menyatukan rakyat, selain membantu menurunkan kadar penyakit kronik melalui amalan hidup aktif dan cergas.

“Sukan bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malah menjadi jambatan penyatuan masyarakat pelbagai kaum. Pada masa yang sama, industri sukan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi melalui aktiviti jual beli peralatan sukan dan pelancongan sukan,” ujarnya.

Adam turut menyeru agar semangat bersukan tidak hanya terhad kepada sambutan Hari Sukan Negara, tetapi diteruskan sepanjang tahun demi kesejahteraan rakyat.

“Walaupun Hari Sukan Negara diraikan setahun sekali, marilah kita teruskan budaya bersukan sebagai amalan harian,” tambah beliau.

Sambutan kali ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Senamrobik Ria MADANI, Kayuhan Ria MADANI, Larian Ria MADANI, Berjalan Ria MADANI, Pertandingan Aerobicthon serta aktiviti sampingan dan pameran kesihatan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Turut hadir memeriahkan acara ialah Mohamad Mazlan Anis, Pengarah IKBN Miri; Roley Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri; serta Edward Tawang, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Miri.

Related Posts

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

KANGAR – Inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka Tabika Tunas Istimewa (TTI) di Perlis dilihat berpotensi mengubah landskap pendidikan khas luar bandar menerusi model kos rendah yang lebih inklusif. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik