Program eHATI: JAIS gesa orang ramai tampil salur maklumat

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) menggesa pihak atau individu yang mempunyai maklumat berkaitan penganjuran program eHATI tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, setakat ini JAIS belum menerima sebarang aduan berhubung kejadian berkenaan yang didakwa berlaku di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada 27 hingga 30 September tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan akan memanggil beberapa individu pada Selasa ini selain bekerjasama dengan polis bagi menjalankan siasatan mengikut bidang kuasa masing-masing.

“Jais akan melakukan siasatan mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (doktrin palsu) kerana disyaki berlaku suatu upacara atau perbuatan berhubung agama Islam yang bertentangan hukum syarak.

“JAIS memandang berat perkara seumpama ini dan akan mengambil segala langkah perlu untuk membendung serta membanteras apa juga aktiviti yang bertentangan dengan hukum syarak serta nilai etika yang ditolak di negeri ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shahzihan berkata, pada 2022, pihaknya pernah menerima aduan daripada bekas peserta eHATI yang mendakwa program berkenaan tidak sesuai untuk dijadikan modul dalam motivasi rumah tangga.

“Berdasarkan aduan tersebut, jawatankuasa pengawalan akidah Majlis Agama Islam Selangor telah memanggil penganjur eHati dan meminta mengubah beberapa modul supaya menepati syarak,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial program motivasi yang diadakan khas untuk peserta wanita di IDCC, yang didakwa melibatkan perlakuan tidak senonoh, dipercayai berlaku pada September tahun lalu.

Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil dalam kenyataannya memohon pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan terhadap program berkenaan yang didakwa mengandungi unsur penyelewengan agama dan moral.

Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua kementerian dan agensi kerajaan perlu memastikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan