7 mat rempit ditahan, 63 motosikal disita di Jalan Astana

KUCHING – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan tujuh lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam aktiviti samseng jalanan dalam satu operasi khas yang dijalankan di sekitar Jalan Astana baru-baru ini.

Kesemua suspek berusia antara 15 hingga 20 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Anak Chabu berkata, operasi berkenaan dijalankan susulan penularan satu video di laman Facebook Borneo Road Update yang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal menunggang secara bising dan mengganggu ketenteraman awam.

“Sebanyak 63 buah motosikal turut disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, khususnya pengubahsuaian ekzos yang mengeluarkan bunyi bising,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Tambah beliau, sebanyak 1,161 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi berkenaan.

Dalam tempoh Januari hingga 11 Julai 2025, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuching telah menahan sembilan individu bawah akta yang sama, menyita 75 motosikal dan mengeluarkan 1,230 saman selepas memeriksa 948 individu dan 746 motosikal.

Related Posts

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

LIMBANG – Pelaksanaan Projek Hopecare ‘Basic Of Life’ Limbang Rural Water Project disifatkan sebagai satu inisiatif amat signifikan dalam usaha memastikan akses kepada bekalan air bersih dan selamat dapat dinikmati…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang daripada dua batu nautika dari daratan pada pukul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim