Program Bicara Ilmu tarik belia sertai bidang keusahawanan

KUCHING – Penganjuran Program Bicara Ilmu anjuran Institusi Koperasi Malaysia (IKMa) bersama rakan strategiknya merupakan usaha dalam menarik lebih ramai belia dan masyarakat untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Ripin Lamat berkata, program seperti ini perlu lebih giat dilaksanakan terutamanya di Sarawak untuk menarik lebih ramai masyarakat khususnya belia berkecimpung dalam dunia keusahawanan.

“Dengan menyuntik elemen keusahawanan dalam aktiviti belia koperasi, akan menghidupkan lagi suasana program ini dan menarik lebih ramai belia dan masyarakat untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan,” tegasnya.

“Program sebegini juga boleh menjadi platform kepada belia, untuk memperoleh bantuan serta peluang kemahiran melalui pelbagai aktiviti dan program galakan kepada belia untuk terus berkecimpung dalam bidang keusahawanan bersama koperasi,” katanya ketika ucapan perasmian di Auditorium, Kompleks Belia dan Sukan Sarawak.

Sehubungan itu, Datuk Ripin menjelaskan bahawa pihak kerajaan melalui kementeriannya juga telah memberi penekanan dalam meningkatkan potensi belia dalam keusahawanan.

Ujarnya, di peringkat kementerian penekanan juga diberikan kepada bidang keusahawanan penduduk melalui program penjanaan ekonomi di bawah Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak selari dengan visi kementerian iaitu Ke Arah Belia Bertaraf Dunia, Sukan Untuk Semua Dan Usahawan Belia Unggul Menjelang 2030.

“Kementerian telah melancarkan laman web kementerian yang dinamakan MYSED sejak tahun 2020 lagi untuk membantu pencapaian Visi dan Misi. Beberapa objektif telah dirangka kementerian untuk melahirkan belia bertaraf dunia serta meningkatkan kualiti produk usahawan belia,” tambah beliau.

“Kementerian sentiasa berusaha untuk meningkatkan penyertaan belia dalam bidang keusahawanan dan perniagaan, serta meningkatkan penyertaan semua peringkat komuniti dalam aktiviti yang diadakan bersama belia dan keusahawanan belia,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memetik ucapan Perdana Menteri di mana pendidikan negara, iaitu dasar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan menentukan peluang masa depan belia dalam dasar pelaburan negara.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16