Program berbuka puasa Perdana Menteri di Kemaman, JHEAT berani batalkan?

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan datang ke ke daerah Kemaman pada 21 Mac 2025 untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama penduduk di daerah ini.

Warga Kemaman sememangnya berbesar hati dengan kehadiran Perdana Menteri lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.

Menariknya majlis berbuka puasa yang akan berlangsung ini bakal dijalankan di Masjid Sultan Ahmad, bandar Chukai Kemaman.

Sebelum ini heboh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT) Terengganu membatalkan program berbuka puasa anjuran FELCRA bersama Timbalan Perdana Menteri di Hulu Terengganu.

Khabarnya program kali ini dianjurkan oleh pihak YADIM.

Persoalannya adakah JHEAT berani untuk membatalkan dan menarik balik kelulusan tempat kali ini atas alasan program ini dikira sebagai program politik?

Malahan surat jemputan daripada pihak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Terengganu menjemput rakan-rakan daripada PH untuk turut sama hadir telah pun dinafikan, jadi adakah ini program parti atau tidak?

“Atas sejid kabo tokleh main politik kan Ayoh Chik?”

Sekali lagi timbul pertanyaan adakah program ini akan juga dibatalkan oleh JHEAT? Jika tidak dibatalkan pada kali ini, kenapa dibatalkan program sebelum ini?

Related Posts

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

KENYATAAN terbaharu seorang Adun Pas tentang usaha kerajaan negeri dalam mencapai kadar sifar miskin tegar di Kedah menjadi bahan sindiran. Ia susulan pendirian berbeza oleh wakil rakyat parti itu sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran