Hadkan tempoh jawatan PM: Usah takut, jangan cepat melatah

USAH takut dan risau mengenai cadangan menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri selama dua penggal, kata Datuk Dr Azhar Ahmad.

Sebaliknya, Ahli Dewan Negara itu berharap ia wajar diterima dengan tenang dan matang kerana baru di peringkat cadangan yang dilihat mampu memberi kebaikan kepada negara.

“Jangan risau, jangan cepat melatah, itu hanya cadangan, baru peringkat cadangan, lagi pun semua pihak berhak melontarkan pandangan yang difikirkan dapat memberi kebaikan kepada rakyat dan negara.

“Kena melalui pelbagai peringkat dan dibuat usul pindaan Perlembagaan di Dewan Rakyat dahulu, akan dibahaskan pro dan kontra pelaksanaannya sebelum diluluskan yang syaratnya mesti menerima sokongan dua pertiga ahli Parlimen,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam Kongres Kebangsaan DAP yang berlangsung pada Sabtu lalu, parti itu mencadangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ia adalah manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang perlu ditunaikan.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, menghadkan tempoh seseorang menjadi Perdana Menteri bukan boleh dilakukan secara sembrono dan membuta tuli.

“Selain memerlukan dua pertiga sokongan ahli Dewan Rakyat, pindaan Perlembagaan mesti mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong kerana baginda berhak dalam melantik setiap Perdana Menteri.

“Saya tak pasti adakah termaktub dalam Perlembagaan bahawa seorang Perdana Menteri mesti Melayu dan Islam, kalau belum, pastinya perkara itu wajib dimaktubkan kerana orang Melayu adalah kaum pribumi dan majoriti.

“Jadi usahlah risau dan bimbang, ia baru cadangan dan UMNO akan pastikan hak orang Melayu terus dijaga khususnya untuk jawatan Perdana Menteri,” katanya.

Dalam pada itu Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas membidas pembangkang yang menunggang cadangan ini untuk kepentingan politik mereka.

“Bawa bertenang dan bersabar, sepatutnya dalam bulan Ramadan ini mereka berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan fitnah.

“Saya berasa kesal mereka ‘spin’ kononnya Kerajaan Perpaduan ini telah dikuasai pihak minoriti, itu semua kenyataan terdesak dan politik sempit yang sentiasa akan dimainkan pembangkang untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

“Saya juga kesal dengan kenyataan seorang pemimpin parti politiki yang mengeluarkan kenyataan menghadkan jawatan Perdana Menteri ini akan membelakangkan ketetapan Allah.

“Saya tidak tahu apa maksudnya atau mungkin beliau ada huraian tapi kenyataan ini akan mengelirukan rakyat bawahan dan juga membuka ruang untuk orang bukan Islam membuat fitnah atau menghina agama Islam.

“Saya harap janganlah keluarkan kenyataan melulu, apa yang nak dirisaukan kerana ia baru peringkat cadangan dan belum dibahaskan di Parlimen, jadi berhati-hatilah mengeluarkan kenyataan,” katanya.

Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan cadangan menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun sebagai membelakangkan ketetapan Allah.

Beliau berkata demikian dalam segmen Minda Pas di Facebook miliknya hari ini.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta