PRN17 Sabah: UMNO, BN Sabah ‘tutup pintu’ kerjasama dengan GRS

KOTA KINABALU – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menegaskan pendirian muktamad tidak menjalinkan sebarang kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya ke-17 (PRN17) Sabah. 

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan Biro Politik UMNO Sabah di Kota Kinabalu, pada Khamis. 

Beliau berkata, bagaimanapun, UMNO dan BN akan terus mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). 

Menurut Zahid, sebelum ini beberapa siri rundingan dilakukan di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu termasuk mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Pada perbincangan itu Perdana Menteri menyatakan seboleh mungkin dielakkan pertandingan tiga penjuru atau berlaku pertindihan kerusi-kerusi yang bakal dimuktamadkan.

“Saya bersama-sama dengan rakan-rakan kepimpinan UMNO telah menyampaikan keputusan kepada ahli-ahli jawatankuasa Biro Politik UMNO Sabah setelah meneliti semua fakta dan butiran perbincangan yang telah diadakan secara tiga pihak. 

“Kita memutuskan kerjasama BN-PH namun kami juga telah memutuskan bahawa BN Sabah, UMNO Sabah secara muktamad tidak akan ada kerjasama dengan GRS,” katanya.

Related Posts

Terkilan kemelut politik berlaku ketika kerajaan fokus tangani konflik global

SEREMBAN – Kerajaan Perpaduan yang dibentuk antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berteraskan tiga prinsip utama iaitu kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kebajikan rakyat. Ketua Setiausaha PH, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
“Jika ada wakil rakyat DAP cuba belot, saya campak” – Anthony

SEREMBAN – Wakil rakyat DAP berdepan tindakan tegas termasuk disingkirkan daripada barisan kepimpinan sekiranya mereka cuba mengkhianati mandat atau menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kenaikan harga padi RM3,000 per tan: Manifesto atau fantasi politik?

Kenaikan harga padi RM3,000 per tan: Manifesto atau fantasi politik?

Terkilan kemelut politik berlaku ketika kerajaan fokus tangani konflik global

Terkilan kemelut politik berlaku ketika kerajaan fokus tangani konflik global

“Jika ada wakil rakyat DAP cuba belot, saya campak” – Anthony

“Jika ada wakil rakyat DAP cuba belot, saya campak” – Anthony

Tiada pihak boleh ‘sailang’ jawatan MB selagi krisis adat belum selesai

Tiada pihak boleh ‘sailang’ jawatan MB selagi krisis adat belum selesai

Sesi libat urus perkukuh kerjasama, percepat penyelesaian isu rakyat

Sesi libat urus perkukuh kerjasama, percepat penyelesaian isu rakyat

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan bersiap sedia hadapi PRN bila-bila masa

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan bersiap sedia hadapi PRN bila-bila masa