PRN17 Sabah: PH berpotensi menang hampir 20 kerusi – Amirudin

KOTA KINABALU – Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan keyakinan bahawa Pakatan Harapan (PH) berpotensi memenangi hampir 20 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah yang akan datang.

Menurut Amirudin, fokus PKR harus menghala ke arah untuk mencapai kemenangan yang bersejarah dalam PRN akan datang dengan beberapa cita-cita.

“Apa cita-cita ini? Yang pertama, PKR akan mencipta rekod terbaik memenangi lebih banyak kerusi dalam PRN Sabah yang akan datang.

“Yang kedua, PKR akan membantu PH untuk menambah kerusi-kerusi yang kita menang sebelum ini kita kekalkan dan kita tambah beberapa kerusi-kerusi yang kita akan putuskan nanti dalam perbincangan masa depan.

“Sekali gus PKR dan PH menambah kerusi yang signifikan.

“Yang ketiga, berkat kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Perdana Menteri kita yang ke-10 dan seterusnya, selaku Pengerusi Kerajaan Perpaduan.

“Insya-Allah, PRN Sabah akan memuktamadkan Sabah kekal sebagai negeri perpaduan yang akan memberikan sokongan teguh kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan khas sempena Majlis Pelancaran Jentera PRN17 PKR Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Sabtu.

Amirudin turut berkata bahawa kesiapsiagaan jentera parti adalah elemen penting dalam memastikan matlamat penambahan kerusi dapat direalisasikan.

“Jentera perlu diperkukuh dan kemampuan ditingkatkan di setiap peringkat.

“Kita tidak boleh hanya menunggu pembubaran DUN.

“Sebaik sahaja proses pemilihan parti selesai, sama ada menang atau kalah, saya akan tetap turun ke Sabah dan bantu semua kerusi yang kita pertandingkan,” katanya.

Tambah beliau, komitmen penuh PKR dan PH dalam PRN Sabah adalah untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Kerajaan Perpaduan bukan sahaja stabil di peringkat persekutuan, tetapi turut mendapat sokongan teguh di peringkat negeri.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang