PRN17 Sabah: Majikan wajib benarkan pekerja keluar mengundi tanpa potong gaji – JTK

KOTA KINABALU – Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah mengingatkan semua majikan di negeri ini supaya mematuhi peruntukan undang-undang yang mewajibkan mereka memberikan tempoh munasabah kepada pekerja untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah. 

Menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya hari ini, JTK Sabah menegaskan bahawa majikan tidak dibenarkan membuat sebarang potongan gaji atau mengenakan penalti terhadap pekerja atas sebab ketidakhadiran untuk keluar mengundi.

Menurut kenyataan itu, peraturan tersebut diperuntukkan di bawah Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5], yang menetapkan kewajipan majikan memberi ruang sewajarnya kepada pekerja bagi menunaikan hak mengundi.

JTK Sabah turut mengingatkan bahawa kegagalan mematuhi peruntukan berkenaan dianggap sebagai satu kesalahan. 

Jika disabitkan, majikan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara selama setahun, seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 25(3) akta sama.

Jabatan itu turut menasihatkan majikan agar memainkan peranan dalam memastikan proses pilihan raya berjalan lancar tanpa sebarang intimidasi atau halangan terhadap pekerja yang mahu keluar mengundi.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta