PRN Sabah: PKR Sabah perlu fokus kepada Undi 18 – Shamsul

KOTA KINABALU – Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menyarankan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah agar memberi perhatian lebih kepada pengundi muda, Undi 18 tahun.

Menurutnya, keupayaan untuk mendekati pengundi muda adalah penting kerana 40 peratus daripada pengundi adalah dalam kalangan pengundi muda.

“Kita mesti ada satu keupayaan untuk mendekati pengundi muda dan pengundi 18 sebab daripada keseluruhan 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) saya lihat data 18 tahun sampai 37 atau 38, pengundi muda adalah 40 peratus.

“Maknanya pengundi muda mesti ada dalam objektif, yang kita tahu yang senior ini mereka sudah boleh tahu nak pilih yang mana tapi yang muda, generasi TikTok ini mereka tidak ada moraliti.

“Dengan itu, program yang melibatkan umur 18 tahun perlu dibuat,” katanya ketika berucap di Program DIWAN Informasi J-KOM di Citadines Hotel di sini pada Rabu.

Jelasnya, latihan dan pembangunan dalam kalangan ahli juga perlu diberi perhatian khususnya kepada anggota yang masih baru dalam parti.

“Saya minta kawan-kawan berikan fokus pada latihan dan pembangunan ahli seperti latihan kempen, latihan jentera, latihan komunikasi, pembangunan anggota dan mentorship.

“Kerjasama dalam kalangan ahli juga amat penting khususnya dalam memberi bimbingan kepada anggota yang masih baharu.

“Saya nak beritahu kepada kawan-kawan cabang jangan biarkan kawan-kawan muda ni buat sendiri, kadang-kadang mereka tak tahu nak buat apa jadi kita kena bimbing dan beri cadangan kepada mereka,” ujarnya.

Beliau turut berkata, aktiviti santuni rakyat juga sangat penting dan perlu dimulakan segera.

Related Posts

Dua ADUN Bersatu masih mahu kekal sebagai pembangkang Negeri Sembilan

SEREMBAN – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Negeri Sembilan mengambil pendirian berkecuali berhubung krisis politik yang berlaku di Negeri Sembilan. ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad memaklumkan, pendirian berkecuali itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Johor melangkah maju melalui muafakat, kerjasama politik dan reformasi ekonomi

KOTA ISKANDAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Liew Chin Tong menegaskan bahawa kejayaan Johor dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini adalah hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua ADUN Bersatu masih mahu kekal sebagai pembangkang Negeri Sembilan

Dua ADUN Bersatu masih mahu kekal sebagai pembangkang Negeri Sembilan

Johor melangkah maju melalui muafakat, kerjasama politik dan reformasi ekonomi

Johor melangkah maju melalui muafakat, kerjasama politik dan reformasi ekonomi

Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan