Kejayaan diplomatik Anwar angkat martabat Malaysia di persada global

PUTRAJAYA – Komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja ke beberapa negara termasuk ke Amerika Latin sepanjang bulan ini dilihat mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia di mata dunia.

Kepimpinan mengagumkan tokoh politik tanah air itu dalam arena diplomatik antarabangsa mencerminkan komitmen untuk meningkatkan martabat serta reputasi Malaysia di pentas global selain menonjolkan ketegasan beliau dalam isu kemanusiaan khususnya Palestin.

Sejak memegang jawatan itu pada 24 November 2022, pendekatan proaktif Perdana Menteri berusia 77 tahun itu terhadap isu global dan hal ehwal serantau menerima banyak pujian dari pelbagai pihak, termasuk lantang menyuarakan isu genosid rakyat Palestin di pelbagai platform antarabangsa.

Pakar Hubungan Antarabangsa dan Politik dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, kepentingan mengadakan pertemuan secara bersemuka untuk menyampaikan kestabilan Malaysia serta daya tarikan pelaburan dan pendekatan Anwar dalam mengetengahkan permintaan serta idea kepada pemimpin dunia lain ternyata berkesan.

Menurutnya, navigasi kepimpinan berdiplomasi Anwar memberi nilai tambah kepada Malaysia untuk menarik sokongan pelaburan, mengukuhkan hubungan bilateral atau multilateral bahkan lebih daripada itu.

“Sidang kemucak G20 kita bukan ahli namun keterlibatan itu secara langsung membuka ruang untuk membina serta hubungan strategik dengan negara-negara besar selain menyatakan suara Malaysia dalam konteks sebuah negara membangun.

“Hubungan Perdana Menteri dengan negara dunia mempamerkan usaha dan komitmen kita dalam menyelami isu-isu global yang akan memberi impak positif kepada Malaysia,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press, hari ini.

Dalam pada itu, Hussain menegaskan, usaha berani dan proaktif Malaysia terhadap dasar luar yang pelbagai di bawah Anwar dijangka membentuk semula hala tuju strategik Asean dan dinamik serantau yang dilihat mampu mempengaruhi kepimpinannya, selain berpotensi membawa kepada pendekatan yang lebih bernuansa dalam lindung nilai strategik gabungan itu.

Dikenali dengan tradisi berkecuali, Ketua Jabatan Pengajian Hubungan Antarabangsa UniSZA itu berkata, Malaysia yang akan memegang jawatan Pengerusi Asean pada 2025, berpeluang untuk membawa bersama negara Asean, menangani cabaran lama blok itu sambil memupuk dialog antara negara anggota.

“Pendekatan itu sedikit sebanyak boleh memberi tekanan kepada sekutu tradisional Asean, terutamanya mereka yang semakin sejajar dengan Amerika Syarikat (AS) untuk menilai semula strategi serantau mereka.

“Malaysia terlibat dengan revolusi global seperti isu Palestin yang kita melihat Perdana Menteri membawa konflik itu menerusi pakatan antarabangsa, sebagai contoh Asean yang telah bersama-sama Malaysia memperjuangkan nasib Palestin dalam memberi tekanan diplomatik kepada zionis Israel,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri memulakan lawatan rasmi ke Mesir atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi sebelum ke Riyadh Arab Saudi bagi menghadiri sidang Kemuncak Negara Arab-islam yang membincangkan situasi terkini di Palestin dan Lubnan serta perkembangan serantau.

Anwar kemudiannya mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC 2024 di Lima, Peru dan Rio de Janeiro, Brazil bagi memenuhi undangan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva untuk menghadiri sidang Kemuncak G20.

Sewaktu lawatan di Peru, Perdana Menteri dikurniakan penghormatan tertinggi kerajaan Peru iaitu Order of the Sun of Peru atau ‘EI Sol del Peru’ oleh Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Kerajaan di Lima pada 13 Nov.

Tahun kedua sebagai Perdana Menteri mencerminkan agenda diplomatik Anwar yang kukuh dan jelas mempamerkan kebangkitan Malaysia di persada antarabangsa.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

Isu lantikan KMKK: PDP suarakan pandangan, harap konsensus GPS dipertahankan

Isu lantikan KMKK: PDP suarakan pandangan, harap konsensus GPS dipertahankan