PRN Sabah: Gagasan Rakyat teguh pertahan 3 kerusi DUN Zon 12

TAWAU – Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyatakan komitmen teguh mempertahankan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya di Zon 12 menjelang Pilihan Raya Ke-17 (PRN17) Sabah, akan datang.

Ketiga-tiga kerusi berkenaan adalah kerusi DUN Apas, DUN Balung dan DUN Sebatik. 

Ketua Penerangannya yang juga Penyelaras Zon 12, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, parti turut mengintai peluang untuk bertanding di kesemua tujuh DUN dalam kawasan Parlimen Tawau dan Kalabakan pada PRN ini. 

“Tiga kerusi di Zon 12 memang milik kita sekarang, jadi sudah tentu kita mahu kekalkan kemenangan itu.

“Pada masa sama, kita sudah calonkan nama untuk semua tujuh DUN di Zon 12. 

“Calon-calon ini dihantar untuk diteliti dan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti serta Majlis Tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya kepada media selepas merasmikan Mini Dewan Kampung Kinabutan Bukit dan penyerahan nama lorong kampung, di sini, pada Ahad. 

Menurut Nizam, walaupun pihaknya mengemukakan calon di semua DUN terbabit, PGRS kekal menghormati keputusan pucuk pimpinan parti dan GRS.

Mengulas senario politik semasa yang dilihat semakin kompleks kini, Nizam yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri menyifatkan situasi politik Sabah ketika ini agak luar biasa terutama dengan kemungkinan berlaku pertembungan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Bagaimanapun katanya, GRS di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sentiasa konsisten menyuarakan pentingnya mempertahankan kerajaan GRS-Pakatan Harapan (PH) di Sabah.

“Kerajaan Negeri di bawah GRS-PH telah menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam pembangunan negeri dan kebajikan rakyat.

“Hasrat untuk mengekalkan kerjasama GRS-PH juga disuarakan secara tidak rasmi kepada kepimpinan PH Sabah termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Keutamaan kita adalah untuk memastikan Kerajaan Sabah yang terbentuk selepas PRN nanti kekal dalam kerangka GRS-PH. 

“Tetapi dalam semangat Kerajaan Perpaduan, kita terbuka kepada pihak lain yang mahu bersama,” tambahnya. 

Mengenai kedudukan Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, Nizam berkata perkara tersebut terserah sepenuhnya kepada parti berkenaan untuk membuat keputusan. 

“Setakat ini, kerajaan negeri adalah GRS-PH. Sama ada BN nak bertembung atau bersama, itu hak mereka,” ujarnya.

Related Posts

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

KUANTAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Datuk Ahmad Farhan Fauzi diamanahkan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jawatan tertinggi bukan jaminan jadi calon PKR PRU16

JOHOR BAHRU – Kedudukan sebagai ketua cabang, ketua wanita atau ketua pemuda PKR bukan jaminan dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia