PRK Sungai Bakap: Joohari paling awal tiba di pusat penamaan calon

NIBONG TEBAL – Dewan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi yang dijadikan pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap mula dibanjiri para penyokong masing-masing.

Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin menjadi calon pertama yang tiba pada jam 8.45 pagi, diiringi oleh pemimpin tertinggi parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu; Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dipertanggungjawab membawa Joohari.

Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail pula tiba 10 minit kemudian diiringi Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin.

Setakat ini tidak kelihatan mana-mana individu akan bertanding bagi kerusi bebas.

Proses penamaan calon bermula jam 9 pagi dengan pengumuman dibuat pengurus pilihan raya Sungai Bakap, Khairul Nizam Hashim, yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga PRK kali ini.

PRK Sungai Bakap dijangka menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Kerajaan Perpaduan diwakili PH menentang PN.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Related Posts

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

KUANTAN – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengingatkan Penasihat DAP, Lim Guan Eng tidak menjadi batu api yang boleh mencetuskan masalah lebih besar hubungan antara parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan