PRK Sg Bakap: Anak muda teruja buat undian sulung

NIBONG TEBAL – “Berdebar-debar dan takut namun ini tanggungjawab saya,” itu perasaan seorang pengundi muda, Muhammad Zairil Hakimi Zairizam, 19, yang buat pertama kalinya keluar menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Dia yang tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Duri sekitar jam 8.20 pagi berkongsi rasa gembira kerana akhirnya berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, Muhammad Zairi mengakui takut untuk membuat keputusan ketika berdepan dengan kertas undi, berikutan takut membuat kesilapan dalam memilih kerana sengsaranya akan ditanggung kemudian hari.

“Mula-mula memang saya rasa takut nak memangkah (mengundi), tapi saya memang dah tahu siapa calon pilihan yang akan saya undi.

“Saya harap keputusan yang saya buat tepat dan mahu jika calon itu menang dia akan tunai segala yang dijanjikan macam yang saya dengar dalam ceramahnya,” katanya ketika ditemui di Pusat Pengundian SK Sungai Duri, hari ini.

Dalam pada itu, ibunya, Norlida Hashim, 43, berkata, anaknya tetap teruja dan tidak berhenti menyemak pusat pengundian bagi memastikan beliau tidak tersilap pusat mengundi.

“Sememangnya dia gementar sebab pertama kali dia memilih tapi semangatnya, keterujaannya hendak mengundi sangat jelas. Hari ini dia boleh bangun seawal jam 6 pagi semata-mata untuk pergi mengundi.

“Saya banyak menasihatinya agar buat pilihan yang terbaik. Dengar pengisian setiap calon dan manifesto mereka agar pilihan dia itu dapat memberi manfaat kepada masyarakat di Sungai Bakap,” katanya.

Dalam pada itu, warga emas, Hang siew Ching, 67, yang mengalami angin ahmar sehingga berjalan menggunakan tongkat tiba kira-kira pukul 7.40 pagi tadi iaitu 20 minit awal daripada pembukaan pusat mengundi.

Dia yang hadir dibantu anaknya, Hang Sang Qoo, 38, itu memberitahu, ini merupakan kali kelima dia mengundi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun lepas.

“Saya sudah 28 tahun mengundi dan setiap kali mengundi saya tidak akan pernah lepaskan peluang ini agar dapat memilih pemimpin yang berkaliber berada di tampuk pentadbiran negeri dan juga persekutuan.

“Saya menyeru kepada pengundi sini untuk keluarlah, tunaikan tanggunjawab anda semua, kalau ‘uncle’ pun dah sakit ni boleh keluar, takkan yang lebih muda dari uncle tak boleh pergi membuang undi,” katanya.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James